Mengapa Aznil kecil hati? - Utusan Malaysia

Mengapa Aznil kecil hati?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ini pun satu hal juga. Cik Bunga dapat tahu, ada yang telah membuatkan pengacara terkemuka tanah air kita yang seorang ini berkecil hati. Jeng jeng jeng, sebab apa agaknya itu ya?

Nak dijadikan cerita, Cik Bunga dapat tahu, Datuk Aznil Nawawi telah lama menyimpan perasaan dan berkecil hati dengan segelintir artis yang merupakan produk Akademi Fantasia (AF).

Untuk pengetahuan, sebenarnya, sudah lama Aznil atau Pak Nil ini mahu merealisasikan program AF Reunion yang bakal menyatukan semua artis yang merupakan bekas pelajar akademi berkenaan tetapi dari tahun ke tahun perkara itu tidak dapat dilakukan kerana susah benar mengumpulkan kesemua mereka.

Satu halangannya adalah dari faktor masa dan jadual kerjaya masing-masing. Tetapi bagi Pak Nil, setelah sekian lama, apa salahnya luangkan masa dan kosongkan jadual untuk spesifik waktu demi program tersebut.

Dengarnya, banyak kali juga Pak Nil cuba memujuk rata-rata mereka untuk terlibat sama dalam Reunion AF tersebut. Pihak Astro pun siap siaga sahaja bila semua dah berikan lampu hijau. Tetapi disebabkan, yang seorang kata begitu, yang seorang kata begini, susah nak kumpulkan semua bersama.

Sudahnya, Pak Nil sudah putus asa mahu teruskan program tersebut. Pihak Astro pun sama. Jadi, bukan tak ada usaha nak satukan semua atau buat reunion AF ini sebagaimana ramai kalangan peminat program itu mahukan.

Tetapi benda-benda beginilah yang terjadi menyebabkan akhirnya, usaha yang dilakukan seakan sia-sia. Sepatutnya, usaha ini datang daripada artis-artis AF itu sendiri, bukannya Pak Nil. Ini tidak, nampak seolah-olah Pak Nil pula yang beria-ia, tetapi artis itu tak peduli pun.

Kena ingat, Pak Nil pun banyak jasa buat anda semua yang kini mungkin dah terbang tinggi melakar nama sebagai anak seni. Kalau bukan sebab AF, anda semua pun mungkin orang tak kenali dan tak ada peluang dalam industri seni.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN