Loca B buat ‘U-Turn’ - Utusan Malaysia

Loca B buat ‘U-Turn’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Masih Cik Bunga ingat, sekitar bulan Mei lalu, Loca B, yang juga isteri kepada penyanyi rap, Tuju, pernah menyuarakan hasratnya untuk berhenti daripada dunia muzik.

Tentulah Cik Bunga ingat sebab kita yang tulis mengenai hal itu dan Loca B juga membuat hantaran itu di ruangan Instagramnya.

Ketika itu, menurut Loca B atau nama sebenarnya, Nabila Hani Azali, memaklumkan, dia memilih jalan untuk tidak lagi mahu berada dalam industri seni kerana mahu memberi tumpuan dan menggalas tangungjawab sebagai isteri dan ibu dengan baik.

Tetapi nampaknya tak sampai lima bulan, Loca B sudah buat ‘U-Turn’, kembali semula menyanyi sebab Cik Bunga tengok, dia pun sedang promosikan lagu baharu berjudul Gundah Gulana sejak 8 Ogos lalu.

Jadi, kiranya betul lah bukan Loca B tak jadi berhenti? Cik Bunga tertanya juga dalam hati, apa sebab dia tiba-tiba menukar fikiran?

Untuk seorang wanita yang telah bersuami dan mempunyai anak, membuat keputusan untuk berhenti bukan muda apatah lagi ketika kerjaya sedang di puncak. Tetapi, apabila dia mahu kembali semula dalam industri seni, Cik Bunga percaya, ramai menerima keputusan itu dengan terbuka.

Lagipun, sayang kalau Loca B terus memeram bakat dan lagu-lagu yang dia hasilkan jika tidak dipersembahkan kepada umum. Berapa ramai pula penyanyi rap wanita yang industri kita ada sekarang pun? Boleh kira dengan jari.

Jadi, kepada Loca B, selamat kembali ke dunia seni Cik Bunga ucapkan. Terus melangkah ke depan, jangan toleh-toleh lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN