TIDAK hanya bergantung hidup kepada satu mata pencarian, lima artis seberang yang dinobatkan sebagai selebriti paling kaya Indonesia dilihat mempunyai karakter serupa iaitu berani mengambil risiko untuk terjun ke dunia perniagaan.
Terkini, sebuah kajian yang dilakukan oleh badan tinjauan antarabangsa, Institut Kajian Cydem, telah menyenaraikan lima artis yang setakat ini mempunyai pendapatan paling tinggi di Indonesia. Berikut kami senaraikan siapakah artis yang dimaksudkan.
Ayu Ting Ting
Menduduki tangga kelima ialah seorang artis dangdut popular, Ayu Ting Ting. Walaupun nasibnya dalam percintaan tidak berhujung baik dengan kontroversi putus tunang yang mula diperkatakan bulan lalu, namun setidaknya perjuangan kerjaya serta perniagaannya tetap kukuh.
Mula dikenali dengan lagu Alamat Palsu dan mengacarakan beberapa program televisyen seperti. Ayu mengukuhkan kewangannya apabila mula terjun ke dalam bidang perniagaan makanan dengan memfokuskan kepada kuih kering dan minuman jenama ‘Tim Time’.
Selepas itu, dia mula membuka pusat karaoke di lapan lokasi berbeza. Kadar bayaran untuk persembahannya pula boleh mencecah 300 juta rupiah (RM84,931).
Deddy Corbuzier
Menduduki tangga keempat ialah Deddy Corbuzier. Pada asalnya dia adalah seorang ahli silap berpengaruh Indonesia dan juga pengacara. Selepas bersara, dia mula mengusahakan syarikat PT Dektos Digital Corbuzier yang menerbitkan audiosiar popularnya, Close The Door.
Dengan pengaruh podcast dan YouTube, dia mula membuka perniagaan gim yang dianggarkan mengaut keuntungan sebanyak 3.4 juta rupiah (RM 134,800).
Raffi Ahmad
Siapa yang tidak mengenali Raffi, seorang figura industri seni Indonesia yang dikenali mempunyai banyak perniagaan di bawah syarikatnya Rans Entertainment.
Di bawah Rans Entertainment, mereka memiliki bisnes dari makanan, hiburan sehingga sukan. Tahun lalu sahaja, mereka dianggarkan mencatat keuntungan 5.6 juta rupiah (RM159,000)
Agnez Mo
Siapa yang tidak mengenali Agnez yang merupakan penyanyi Indonesia dengan bayaran tertinggi sehingga hari ini. Bukan itu sahaja dia juga merupakan usahawan yang mempunyai jenama pakaian sendiri, wangian dan platform digital khas untuk jualan dan pembelian fesyen terkini.
Agnez dianggarkan mempunyai nilai kekayaan sebanyak 600 juta rupiah (RM169,000) tahun lalu.
Rey Utami
Menduduki tangga pertama ialah artis dan juga pempengaruh, Rey Utami. Penyumbang pendapatan terbesar Rey ialah produk kecantikan yang diusahakannya bernama ‘Kharites Beauty’. Kerana jenamanya semakin kukuh, dia kemudian mengusahakan pusat kecantikan yang memiliki 24 cabang di Indonesia.
Di Sentul, Bogor, Indonesia, Rey dikenali sebagai ‘Ratu Properti’ kerana mempunyai 500 aset iaitu rumah yang disewa dan dijual di bandar itu. Tahun lalu, kekayaannya melonjak sebanyak 6.3 trilion rupiah (RM 1.78 juta).