Legasi Mamat Khalid harus diteruskan - Ahmad Idham - Utusan Malaysia

Legasi Mamat Khalid harus diteruskan – Ahmad Idham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JUJUR pertama kali menonton filem arahan Dr. Ahmad Idham, Saka Perawan, saya sendiri tidak menyangka sutradara ini mengubah teknik dan identiti pengarahannya menjadi lebih sinikal serta komedi.

Tanggapan itu diperakui beberapa pemain industri filem yang turut terkejut dengan pengarahan versi baharu Ahmad Idham. Mungkin sebelum ini dia lebih terkenal dengan naskhah cinta, namun Saka Perawan mengubah persepsi itu.

Tetapi ada pula yang menyamakan cara filem itu diolah dengan karya-karya Allahyarham Mamat Khalid yang sememangnya terkenal dengan genre sinis, sinikal dan satira. Kebetulan atau bagaimana?

Jawablah mendapatkan sutradara popular menerusi filem Mr. Cinderella dan Adnan Sempit itu. Benarkah dia ‘meniru’ gaya pengarahan Mamat? Atau dia mahu meneruskan legasi tersebut? Idham, Jawablah!

J: Tahniah, dengar cerita Saka Perawan yang ditayangkan sebelum ini mendapat sambutan ramai. Malah, ramai juga yang terkejut apabila filem itu merupakan hasil arahan abang? Tak sangka kata mereka.

A: Saya anggap itu sebagai satu pujian yang positif. Di era sekarang, saya perlu ubah cara pengarahan. Perlu ada suntikan modenisasi, komedi, sosial dan komersialnya. Penonton adalah ‘juri’ sebenar saya.
Memang perjalanan menghasilkan filem itu sukar. Banyak yang saya perlu belajar untuk memastikan filem ini memberi ‘rasa’ berbeza kepada penonton. Walau dalam gelak tawa, tetap ada pengajaran.

Saya tak boleh duduk di takuk lama. Mungkin orang kenal saya dengan filem genre cinta, tetapi dalam masa sama saya sudah hasilkan banyak filem pecah panggung bergenre komedi.

J: Abang maklum ramai juga yang menyamakan pengarahan filem itu dengan naskhah Allahyarham Mamat Khalid? Terutama dari satiranya, sinikal dan sinis yang disulam dengan unsur komedi.

A: Saya ada dengar-dengar juga tetapi bukan secara negatif. Bukan saya meniru atau cuba menjadi Allahyarham, tetapi legasi pengarah hebat itu harus diteruskan. Saya sebagai salah seorang pemain industri filem, perlu cakna dengan perubahan permintaan penonton.

Saya cabar diri saya untuk mengarahkan dilem yang mungkin di luar zon selesa saya. Naskhah yang sarat dengan kritikan masyarakat tetapi ada unsur penceritaan, isu dan komedi.

J: Abang tidak kisha jika ada yang cakap abang try hard untuk jadi seperti Mamat Khalid?

A: Saya rasa penonton juga sudah maklum dan tahu, cara pengarahan kami berdua berbeza. Sebagai orang seni, saya cukup menghormati Allahyarham yang pergi dengan meninggalkan karya-karya agungnya.

Kerja menghasilkan sesebuah filem bukan saya seorang. Saya dibantu oleh kru-kru produksi yang mempunyai visi dan cara kerja mereka. Kebanyakkan muda belaka. Jika saya mahu buat comeback, saya perlu cari pasukan terbaik.

J: Sukarkah ‘meramal’ dan ‘memancing’ permintaan penonton sebenarnya? Adakala filem itu dijangka boleh pecah panggung namun hujung-hujung tidak memberangsangkan. Ada pula yang diramal suam-suam kuku, tetapi kutipan jutaan ringgit.

A: Memang suka Kita tidak boleh harapkan kontroversi untuk jual filem. Generasi sekarang punya ideologi, permintaan dan minat yang berkelompok. Ada yang suka genre ini, tetapi mungkin mahu mencuba genre berbeza.

Tetapi saya fikir lebih sukar untuk pembikin filem macam saya kekal relevan. Saya berdepan kritikan, kecaman. Saya sendiri tanya diri saya, relevan lagikah seorang Ahmad Idham?

Namun saya kena cabar diri, ubah persepsi sendiri dahulu. Guna pakai formula yang kita rasa mampu untuk jual filem. Buat filem zaman sekarang, tak boleh berpura-pura. Kena jujur dengan diri sendiri.

J: Abang juga terkenal sebagai pengarah yang suka mencuba ‘bermain’ watak dengan pelakon baharu? Dari dahulu sehingga sekarang. Mengapa? Tak takutkah itu bakal beri impak kepada promosi filem?

A: Kalau bukan kita, siapa lagi mahu buka pintu dan peluang. Saya suka gabungkan pelakon baharu dengan yang lebih senior supaya ada kacukan permainan karakter serta watak.

Macam filem Saka Perawan, saya terbalikkan permainan karakter. Filem ini diterajui pelakon-pelakon baharru dan disokong dengan aktor senior yang lebih berpengalaman dan ada pengikut sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya