‘Ku Percaya’ hadiah Kat Roshan kepada peminat - Utusan Malaysia

‘Ku Percaya’ hadiah Kat Roshan kepada peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kembali menyapa peminat dengan karya terbaru, penyanyi dan pencipta lagu yang sedang mencipta nama, Kat Roshan hadiahkan peminat dengan sebuah single terbaru berjudul Ku Percaya.

Berkongsi mengenai karya tersebut, Kat atau nama sebenar Katrina Cheng Roshan, lagu itu menceritakan pengembaraan kisah cinta yang jujur namun cintanya tak berbalas seperti apa yang diharapkan.

“Lagu ini diceritakan melalui sudut pandang seorang gadis yang percaya bahawa dia telah menemui cinta sejatinya, namun akhirnya cinta itu pudar begitu sahaja.

“Naskah ini juga mencungkil emosi pahit manis dari hubungan yang walaupun indah dan lancar namun akhirnya berakhir dengan penyesalan kerana yang tinggal hanyalah harapan palsu.

“Secara tidak langsung, Ku Percaya ini mencerminkan kebahagiaan sementara dan perpisahan yang tak direlai antara dua jiwa yang ditakdirkan bertemu namun tidak dapat bersam” kongsi penyanyi berusia 20 tahun itu.

Menurut Kat, lirik lagu itu menangkap inti dari pengalaman cinta yang mendalam yang ternyata menjadi kekecewaan, namun menjadi pelajaran berharga dalam perjalanan hidup.

“Ia berbicara tentang pengalaman universal menghadapi cinta yang besar yang tidak bertahan, dan pentingnya belajar dari pengalaman ini daripada terperangkap dalam penyesalan.

Bercakap mengenai konsep lirik video yang telah dikeluarkan di Youtube, penyanyi kelahiran Kuala Lumpur itu membawa watak sebagai seorang yang berada dalam kekeliruan akibat daripada kehilangan cinta.

“Saya dalam penggambaran lirik video membawa watak seorang yang berada dalam kehilangan, kekeliruan antara kenyataan dan ilusi setelah kehilangan cinta.

“Meskipun temanya melankolia, lagu ini tetap mempertahankan tempo yang ceria, menggambarkan perjuangan watak utama untuk menghadapi kenyataan,” ujarnya.


KERJASAMA KOMPOSER LUAR NEGARA

Selain itu, penyanyi muda ini turut menyingkap pengalaman yang berharga kerana dapat bekerjasama lagi dengan komposer terkemuka, Chossy Pratama yang datang daripada Timor Leste.

Sebelum ini, komposer itu telah bekerjasama dengan Kat dalam menghasilkan karya Cinta Putih baru-baru ini.

“Muzik yang dihasilkan oleh Chossy Pratama selalunya mempunyai makna yang mendalam buat diri saya. Malah, komposer itu mempunyai pemahaman terhadap visi saya sebagai seorang seniman.

“Keterbukaannya untuk berkolaborasi telah menjadi kunci dalam pembentukan lagu ini bersama beliau,” kongsinya.

Penyanyi darah kacukan Melayu dan Cina itu juga berharap agar single terbaru ini mampu untuk menambat hari pendengar.

“Saya berharap single terbaru ini dapat meresap ke hati pendengar saya di Malaysia dan Indonesia.

“Saya juga ingin berhubung dengan pendengar pada tahap yang lebih dalam dan terus berkembang sebagai seorang seniman, mengeksplorasi tema-tema yang peribadi dan universal,” ungkap Kat mengenai aspirasinya terhadap lagu itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN