Artis itu dan perempuan keliling pinggang - Utusan Malaysia

Artis itu dan perempuan keliling pinggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Memanglah, orang kata, lelaki akan tetaplah menjadi lelaki. Maksud Cik Bunga, kalau seseorang lelaki itu dari awal memang mudah hanyut dan cair dengan wanita, kasanova, sepuluh perempuan pun agaknya masih tidak cukup untuk membuatkan hatinya berasa penuh dengan cinta.

Sebabnya, orang begini, dia bukan mencari cinta. Tetapi sekadar menjadikan perempuan sebagai tempat melempiaskan nafsu. Jangan tipu, baik mengaku. Itulah yang terjadi dengan seorang artis kita ini.

Sindrom orang tengah popular, layaklah dia bila ramai perempuan ingin mendampingi dan mengejar cinta. Maklum sahajalah, siapa tak nak berkawan dengan artis bukan? Mesti ada rasa bangga jika dapat berdamping dengan golongan selebriti.

Tetapi, yang perempuan-perempuan itu tidak tahu, si artis ini bukannya mencintai mereka pun. Ternyata cuma menjadikan mereka teman ketika sepi. Tapi nak kata sepi, tak akanlah ramai perempuan dalam satu masa ya? Eh peliklah Cik Bunga.

Sebab itu, bila dah jadi popular, masing-masing kena ingat, akan wujud pihak-pihak tertentu yang nak jatuhkan awak. Tak mustahil akan ada yang dengki dan tak puas hati sehingga sanggup melakukan apa sahaja bagi melihat awak di bawah.

Namun, kagum juga Cik Bunga dengan artis ini. Macam mana dia boleh melayan kerenah banyak perempuan dalam satu masa yang sama? Tak penatkah? Ada kawan Cik Bunga, melayan perangai bini seorang pun kadang-kadang pening kepala.

Ini pula bila ramai. Hmm.. mungkin dia ada jadual kot. Macam dalam filem P Ramlee, Madu Tiga. Hari Isnin dengan Cik Tipah, Selasa dengan Hasnah, Rabu dengan Cik Rohani., Begitulah kesudahannya.

Tetapi, pesan Cik Bunga buat artis itu, hentikanlah perangai begitu. Elok fokus pada kerjaya, Takut apa yang dituai tak dapat hasilnya nanti. Kalau dah tak ada duit, tak popular, tak ada maknanya perempuan-perempuan itu semua akan ada. Semua pakat angkat kaki lah dik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya