Kadangkala tidak faham juga dengan segelintir orang kita ini. Rumah sudah siap pahat masih berbunyi orang kata. Begitulah agaknya perumpamaan yang sesuai diberikan.
Mana tidaknya, bila penyanyi, Sarah Suhairi berkongsi dan mengumumkan pernikahannya dengan jejaka pilihan, Aswad Anuar, Cik Bunga dan peminat-peminatnya yang lain tumpang gembira sahaja dengan berita itu.
Iyalah, sudah sampai jodohnya orang kata. Namun tak sangka pula ada juga cakap-cakap belakang yang mempersoalkan keputusan Sarah.
Kononnya, ada yang kata Sarah masih lagi muda dan terlalu awal mendirikan rumah tangga. Usianya 24 tahun dan sepatutnya tak perlu pikul tanggungjawab sebagai isteri lagi dan lebih baik terokai lagi potensi dalam kerjaya.
Pula itu, bila dapat tahu dia juga secara automatiknya bergelar ibu tiri kepada tiga orang cahaya mata suaminya yang berstatus duda, ada juga yang berbunyi-bunyi mengenai perkara itu.
Macam tidak sesuai kata mereka. Eh, Cik Bunga mahu tegurlah sikit ya, tak baik cakap macam itu tau. Ini kan soal jodoh dan takdir Allah, kalau Sarah sudah mengakui bahawa dia bersedia untuk pikul tanggungjawab itu, siapa kita untuk persoalkan perasaan dan komitmen yang dia mahu berikan kepada keluarga baharunya?
Cik Bunga percaya, Sarah mampu lakukan. Lagipun nampak sahaja dia macam budak-budak, tetapi sebenarnya dia sudah matang. Dia bekerja dari usia muda, lagi banyak pengalaman hidupnya berbanding wanita seusianya yang lain, kita yakin itu.
Jadi, tidak payah hendak bunyi-bunyi atau persoal lagi dah. Benda pun sudah selesai. Dia pun sudah galas tugas sebagai isteri orang. Yang penting, bahagia dengan suami dan anak-anak tirinya. Yang lain diam.