Neelofa sibuk buat capatilah! - Utusan Malaysia

Neelofa sibuk buat capatilah!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kalau ada yang perasan, kebelakangan ini pengacara dan selebriti terkemuka kita yang seorang ini memang rajin kongsikan aktiviti di dapur dan buat capati.

Ingatkan orang secantik Neelofa tak perlu turun dapur untuk penat-penat memasak. Iyalah, mestilah dia boleh sahaja gajikan pembantu atau tukang masak sementelah diri pun sibuk mana nak menjaga anak dan fokus pada kesibukan kerjaya bukan.

Namun rupa-rupanya tidak ya. Sewaktu Cik Bunga bertemu dengan Neelofa baru-baru ini di kedai Nunha yang terletak di Mytown, suaminya sendiri, PU Riz beritahu yang sekarang Neelofa rajin ke dapur buat capati. Sedap katanya.

Dia sendiri buat doh, uli dan mencanai roti itu satu per satu. Amboi rajinnya Neelofa. Cik Bunga pun tak pandai buat capati. Malas nak buat pun sebab sejenis tak suka renyah di dapur.

Bila diajukan pertanyaan mengenai perkara itu, kata Neelofa sambil tersipu-sipu malu, dia memang buat sendiri sebab anak-anaknya suka juadah itu.

Bagi memastikan khasiat dan kebersihan menjadi keutamaan, itu sebab Neelofa buat sendiri, lebih puas hati katanya.

“Sekarang memang rajin buat sendiri. Hari-harilah!”kata si manis ini.

Cik Bunga pun terfikir juga, bilalah ada peluang dapat merasa air tangan Neelofa ini. Dengar kata bukan setakat itu saja masakan yang dia pandai buat. Juadah lain pun dia boleh ‘bersilat’ di dapur. Jangan main-main.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya