Langgar pantang bersalin kerana JJCM - Utusan Malaysia

Langgar pantang bersalin kerana JJCM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIDAK berlebihan kalau saya sifatkan wajah personaliti televisyen ini sebagai antara yang paling sinonim dengan masyarakat kita.

Penonton tidak akan lupakan Maria Tunku Sabri, 53, yang meninggalkan identiti dalam setiap rancangan yang dikendalikannya, termasuk Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) yang pernah mencipta fenomena satu masa dulu.

Maria adalah JJCM, begitulah sebaliknya. Hadirlah seberapa ramai pengganti selaku hos program makanan tersebut, tidak tergantikan seorang Maria Tunku Sabri.

Mengimbau kenangan, Maria dalam pertemuan baru-baru ini menceritakan pengalaman sepanjang mengacarakan program itu selama 10 musim.

Kongsinya, kerajinan hadir ke sesi uji bakat 23 tahun lalu mengundang rezeki selaku hos program yang cukup dekat dengan masyarakat itu.

“Saya dijemput ke sesi uji bakat. Masa itu ada dua lagi pengacara yang disenarai pendek untuk menjadi hos jjcm. Namun rezeki berpihak kepada saya.

“Waktu itu tiada program seumpama jjcm di stesen televisyen (TV) lain. Hanya di TV3. Sebab itu ia ‘meletup’.

“Mahu dijadikan cerita, idea asal jjcm datang daripada bekas Pengarah Urusan Media Prima, Abdul Rahman Ahmad yang sukakan aktiviti menunggang motosikal berkuasa tinggi. Jalan jalan cari makan itu adalah ayat ajakan beliau setiap kali melakukan aktiviti berkenaan,” kongsi Maria.

Maria sejak awal menjangkakan program berkenaan mencipta kejayaan sementelah menjadi satu-satunya program reviu makanan dan restoran yang ditayangkan di televisyen ketika itu.

“Antara kenangan manis adalah ketika saya menerima surat daripada syarikat yang memaklumkan rancangan itu berjaya dengan jumlah tontonan mencecah jutaan jumlahnya.

“Mungkin penonton melihat yang indah-indah sahaja. Belakang tabir tak ramai yang tahu. Antara pengalaman yang saya tak lupakan adalah bekerja dalam pantang selepas melahirkan anak kedua.

“Disebabkan program tersebut dihoskan saya, meskipun dalam berpantang, saya terpaksa hadir ke pejabat untuk selesaikan proses rakaman voice over untuk program tersebut

“Itu antara pahit manis yang kekal dalam ingatan saya sehingga ke hari ini,” kongsinya.

Kuala Lumpur 25 Julai 2011 – Maria Tunku Sabri pada Majlis Pelancaran Buku Jalan-Jalan Cari Makan di Restoran Bora Ombak Ampang.
Gambar : Wahidin Salim
Wartawan ; Shazrin (Hib Utusan) / Shereen (Hib Kosmo) / Alif (Rencana Kosmo)
MARIA Tunku Sabri puas dan bangga dengan penghasilan buku panduan Jalan-Jalan Cari Makan Maria Tunku Sabri
NOTA
TERBITAN
UTUSAN MALAYSIA
MEGA
SELASA
2 OGOS 2011
MUKA 37
NOTA
TERBITAN
UTUSAN MALAYSIA
JUMAAT
MEGA
29 JULAI 2011
MUKA 8

PENGACARAAN

Maria memulakan kerjaya sebagai pembaca berita TV3 pada tahun 1993. Dia menceritakan kenangan ketika mula-mula menyertai stesen TV itu 31 tahun lalu.

“Waktu itu saya jadi pembaca berita secara sambilan kerana masih sepenuh masa berkhidmat sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan.

“Ketika itu studio TV3 masih di Jalan Likur Bangsar. Tiga tahun selepasnya, pejabat TV3 berpindah ke Sri Pentas dan waktu itulah saya ditawarkan menjadi kakitangan stesen TV itu secara sepenuh masa.

“Alhamdulillah selepas 30 tahun, jodoh saya masih kuat bersama TV3,” jelasnya.

Katanya, bidang pengacaraan mengajar ertis susah payah sebenar.

Maria menganggap TV3 bukan sekadar tempat mencari pendapatan, malah sebuah institusi yang mengajar tentang kehidupan.

“Banyak pengalaman menarik yang saya timba di sini. Antaranya bekerja dalam kelang kabut kerana terpaksa menjadi pembaca berita di waktu pagi, sebelum menjadi hos Malaysia Hari Ini dan kemudian mengacara rancangan Wanita Hari Ini pula di sebelah petang.

“Ketika itu saya belajar bagaimana bekerja dalam keadaan yang tergesa-gesa,” ceritanya.

“Bila mengenang semula, saya tersenyum bangga. Been there, done that.

“Banyak program yang saya hoskan. Saya ada rancangan bual bicara sendiri, Jalan Jalan Cari Makan dan sebagainya.

“Cuma satu rancangan yang saya tak sentuh iaitu Majalah Tiga. Itu bukan forte saya,” jelasnya.



PENGACARA BIAR BERILMU

Sebagai pengacara yang lebih dulu makan garam, Maria tampil berkongsi nasihat buat pelapis baru dalam bidang pengacaraan.

Katanya, anggaplah pekerjaan sebagai tanggungjawab supaya apa yang diusahakan, berkekalan.

“Kena ada sikap yang betul. Kalau sayangkan kerjaya ini, buatlah sehabis baik. Anggap ia sebagai tanggungjawab.

“Sampai hari ini saya anggap diri saya ‘makan gaji’. Sebab itu saya bagi yang terbaik untuk syarikat.

“Kita kena berfikiran terbuka. Perkara mendatang kita terima seadanya. Segala perit jerih, kita sahaja yang tahu, jadi, telanlah.

“Jadilah hos atau pengacara berilmu. Dulu bukan macam sekarang, semua di hujung jari. Jadi dulu hari-hari kena baca surat khabar untuk dapat ilmu,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya