Diculik, diugut bunuh - Utusan Malaysia

Diculik, diugut bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dalam kamus peminat K-Pop, Sasaeng membawa maksud peminat yang terlampau obses. Namun, obses yang terlampau kadang-kadang boleh terukar aneh dan benci apabila melihat artis kesayangan mereka bersama peminat lain.

Maka, dari perasaan benci itu, sasaeng mula merancang untuk menculik, mengancam keselamatan malah ada yang sanggup membuat ugutan bunuh terhadap selebriti pujaan hati mereka.

Namun beberapa artis K-Pop juga pernah berdepan insiden mencemaskan daripada individu yang tidak diketahui motif atau dendam mereka. Dunia memang menyeramkan kadang-kadang.

Ayuh kita senaraikan empat kumpulan K-pop popular yang pernah berdepan detik mencemaskan.

EXO

Kumpulan yang dianggotai lapan lelaki kacak ini pernah berdepan insiden menyeramkan apabila hampir diculik selepas tamat sebuah acara.
Kronologinya, beberapa sasaeng EXO telah menyewa sebuah van yang kelihatan sama dengan kenderaan yang digunakan kumpulan tersebut dan diletakkan di kawasan parkir berdekatan acara tersebut.
Usai acara, kumpulan tersebut terus menuju ke van itu dengan beranggapan itu adalah kenderaan rasmi mereka. Namun ‘rancangan penculikan’ itu gagal selepas pengurus kumpulan itu menghalang mereka kerana van itu terlihat sangat mencurigakan. Gila!



APINK

Kumpulan gadis popular ini pernah menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali yang mengugut telah menanam bahan letupan di kediaman mereka.
Panik dengan ugutan bunuh tersebut, mereka terus bergegas keluar dan menghubungi pihak berkuasa.
Malah, mereka juga terpaksa membatalkan acara meet and greet, pameran dan sidang akhbar drama baharu oleh salah seorang anggota, Eunji.
Suspek dikenal pasti sebagai seorang lelaki yang menetap di Kanada. Motif sebenar tidak diketahui. Entah-entah dengki dengan kejayaan Apink!

VIXX

Seram tetapi kelakar. Selain EXO, kumpulan VIXX juga pernah berdepan insiden penculikan apabila mereka tersalah menaiki van dan dibawa ke tempat lain atas alasan sudah lama menunggu.
Pada awalnya, mereka tidak menganggap kejadian itu aneh kerana menerima layanan VVIP oleh petugas di lokasi tersebut. Namun, pengurus mereka yang secara tidak sengaja terikut tidak dibenarkan untuk masuk ke kawasan lounge itu.
Rupa-rupanya, ‘rancangan penculikan’ itu dilakukan oleh seorang gadis muda yang juga anak kepada Presiden Kazakhstan. Akibat minat terlampau, dia sanggup ‘culik’ artius kegemarannya. Budak lagi tau!



GFRIEND

Ugutan aneh yang menakutkan kali ini diterima oleh salah seorang anggota GFRIEND, Eunha. Dalam satu sesi siaran langsung, Eunha menerima pelabagi ugutan termasuk bunuh oleh seorang hater.
Menggunakan akaun Yura Kireev, individu tersebut tersebut mengugut untuk membunuh Eunha di Jepun. Malah, individu itu turut menyebut dua lagi anggota GFRIEND, SinB dan Umji ketika siaran langsung itu.
Sebelum itu, Anggota kumpula popular itu pernah beberapa kali berdepan ugutan termasuk menerima gambar yang telah disunting dengan imej pistol dan darah. Gambar-gambar dan ugutan itu kemudian dipadam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya