Baru-baru ini, Cik Bunga adalah bertemu mata dengan pelakon cantik yang seorang ini. Makin manis orangnya bahkan makin bagus juga lakonannya.
Dalam sedang berbual dengannya dan bertanyakan mengenai kerjaya, Cik Bunga tanyalah pada Sharifah Rose jika dia selama ini selesa berdikari atau berada di bawah pengurusan bakat.
Kongsi Rose, sekarang dia selesa berada di bawah pengurusan bakat, Alternate. Tetapi sebelum itu, dia bergerak sendiri. Adalah dia gajikan seorang pembantu peribadi (PA). Itu pun sekejap saja katanya.
Lalu Cik Bunga tanyalah kenapa pula sekejap? Bukan apa, ada artis yang memang akan gajikan PA untuk membantu memudahkan urusan kerjanya terutama yang mempunyai jadual terlalu padat.
Tidak menolak akan perkara itu, Rose bagaimanapun menjawab, dia susah nak percayakan orang untuj dijadikan PA lagi.
Katanya,tanpa menyebut nama, PA yang terdahulu ada perangai membawa mulut, dan tak memudahkan kerja dia pun.
“Sepatutnya dia bantu mudahkan kerja kita, tetapi kalau semua benda akhirnya saya yang buat sendiri, untuk apa saya gajikan PA?” kata Rose.
Betul juga itu. Nak jumpa pembantu yang okey dari pelbagai sudut dan kriteria itu bukan mudah. Ramai juga yang tak mampu nan pikul tugas itu. Ramai yang menggeletis jumpa artis lain pun ada juga. Tak profesional bagi Cik Bunga.
Apa pun semoga Rose terus sukses. Drama baharu pun bakal menemui penonton bukan? Tak sabar juga nak tonton!