Riena Diana, Keith Foo, ‘propa’ sahaja - Utusan Malaysia

Riena Diana, Keith Foo, ‘propa’ sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sesungguhnya, ketika Cik Bunga mendapat tahu kononnya pelakon Rienda Diana dan Keith Foo tengah bercinta sekarang, naluri seorang ‘pakar percintaan’ dalam diri Cik Bunga ini dapat merasakan bahawa semua itu sekadar satu sandiwara semata-mata.

Ada beberapa bukti yang menguatkan lagi firasat Cik Bunga mengenai hal ini. Cuma apa yang boleh Cik Bunga katakan, sah mereka cuma main wayang sahaja.

Tidak bercinta pun. Cik Bunga tahulah. Kalau betul bercinta, susun atur butir bicara mereka semasa ditemu bual baru-baru ini pun tidak nampak macam mereka memang sedang sama-sama dilamun cinta.

Lakonan tidak berapa menjadi ke? Terpulang. Ini pandangan Cik Bunga saja. Mahu percaya atau tidak, itu pilihan pembaca sekalian.

Namun, itulah, satu benda yang Cik Bunga jadi ‘fed up’ adalah apabila golongan artis ini tergamak jual kisah konon-kononnya mereka bercinta semata-mata mahu lariskan drama yang dijayakan.

Ini bukan merujuk kepada Riena dan Keith saja. Ada ramai lagi yang pernah guna modus operandi yang sama sebelum ini. Mahu Cik Bunga sebut satu persatu, tak larat pula hendak tulis.

Kita tidak menolak jika ada antara mereka yang terjebak dengan cinta lokasi akhirnya membawa hubungan itu ke fasa cinta sejati. Berkahwin dan kemudiannya beranak-pinak.

Baguslah kalau macam itu. Yang tidak bagusnya, propa atau tipu-tipu bercinta ini. Eh, tak penat ke hendak menipu sepanjang masa? Sampai bila pula itu? Peminat sekarang pun sudah bijak. Boleh menilai sendiri.

Tak apalah, kita tengok sejauh mana permainan cinta mereka ini. Kalau betul apa firasat Cik Bunga, maka benarlah apa orang kata, dunia hiburan ini dunia tipu-tipu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya