Bakal mendirikan rumah tangga? Sekali lagi? Kenapa? Tidak layakkah Datuk Aishah Ariffin menyandang status seorang isteri sekali lagi walaupun telah empat kali gagal dalam alam perkahwinan?
Kalau iya pun Aishah hendak kahwin lagi, bagi Cik Bunga apa salahnya?
Kalau betul penyanyi ini ditakdirkan bertemu jodoh lagi pada usia 59 tahun, dengan lelaki yang lebih baik dan mampu menjaganya, rasanya kita patut sama-sama rai dan doakan. Iyalah, benda baik, tak akanlah kita tidak tumpang gembira.
Ha, ini semua gara-gara Cik Bunga ternampak klip video pendek di akaun Tiktok yang mana ada orang berkongsi, rakaman Aishah sedang disolek cantik oleh seorang jurusolek.
Dalam video tersebut, Aishah nampak anggun sekali dalam persalinan busana berwarna serba putih. Baju putih sinonim dengan majlis pernikahan bukan? Bukan sahaja Cik Bunga, sesiapa yang tengok pun mesti akan fikir perkara serupa.
Itulah yang Cik Bunga katakan itu tadi, kalau betul Aishah mahu kahwin, kita pun tumpang gembira.
Cumanya, kita pun teringin hendak tahu, siapa pula lelaki bertuah yang bakal berdamping dengan penyanyi popular dengan lagu Janji Manismu ini?
Cik Bunga harap, Aishah pun sudah fikir masak-masak untuk kembali ke alam perkahwinan. Mungkin akan ada yang beranggapan, lebih baik Aishah solo saja di usia begini, lebih tenang tidak perlu drama rumah tangga.
Tetapi pucuk pangkal, ini soal hati dan hidup empunya diri bukan? Dia pun mahu cipta bahagia sendiri. Kalau betul, kita semua doakan yang terbaik.