Ahli keluarga melebihi si artis - Utusan Malaysia

Ahli keluarga melebihi si artis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sampai ke telinga Cik Bunga bagaimana meluatnya rakan-rakan industri seni dengan kerenah kakak seorang pelakon tempatan ini.

Hendak kata dia pun merangkap pengurus si artis tidak juga. Sebab, kata orang industri, pelakon itu biasa bergerak sendiri. Pendek kata, dia urus kerjaya seninya sendiri.

Pun begitu, si kakak biasa menemani adik itu ke mana-mana. Mungkin sekadar menggalas posisi pembantu peribadi.

Bagaimanapun, kalau betul sudah biasa menemani adiknya itu ke mana-mana, termasuk ke acara hiburan yang tentunya akan bertemu dengan pihak media, maka sepatutnya dia tahulah kerja orang media ini bagaimana, betul tak?

Namun, perangai menjengkelkannya itu rupanya sudah jadi bahan bualan ramai dan yang terbaharu, sibuk mencelah sesi temu bual pelakon itu dalam satu acara baru-baru ini.

Masalahnya butir bicaranya memang seakan orang yang tidak ada adab. Adakalanya media ini tak tanya pun soalan peribadi. Tetapi si kakak artis ini kuat menyindir, kononnya artis itu tak perlu pun jawab soalan peribadi.

Walaupun mungkin dia berseloroh, tetapi Cik Bunga rasa tidak patut juga cakap macam itu. Lagipun kata mereka yang berada di situ, cara dia cakap itu bukan dalam nada gurau.

Tak faham juga Cik Bunga. Kenapa sibuk-sibuk melebihi si artis itu? Ke awak sendiri yang teringin hendak jadi artis tetapi nampaknya adik awak lebih berbakat?

Sebenarnya ramai saja orang macam kakak artis itu dalam industri hiburan ini. Lagi teruk kalau ahli keluarga sendiri yang pegang status pengurus. Dia punya ‘action’ itu, memang menjengkelkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya