Solidariti perjuangan Palestin - Utusan Malaysia

Solidariti perjuangan Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DI KALA dunia sedang hebat mengemudi gerakan #Blockout2024 terhadap golongan selebriti yang berdiam diri terhadap konflik yang berlaku di Palestin, beberapa artis memilih menyatakan sokongan.

Pelbagai cara yang dilakukan selebriti-selebriti tersebut termasuk melancarkan lagu, menyertai protes jalanan dan menggunakan media sosial untuk menyebarkan kesedaran.

Ayuh kita senaraikan lima selebriti berhati mulia yang sehingga kini tidak pernah berhenti menyatakan pendirian menyokong Palestin dan mengutuk kekejaman Israel!


BELLA HADID

Model terkemuka dunia ini sememangnya cukup dikenali dengan kelantangannya memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

Biarpun pernah berdepan ugutan dan ancaman bunuh, anak berketurunan Palestin ini tegar dengan pendiriannya.

Malah, kerjayanya sebagai antara supermodel termahal dunia juga terkesan dengan kelantangan namun dia tidak peranh berhenti menyebarkan kesedaran dan mengutuk kekejaman rejim Israel.

“Saya tidak takut kehilangan kerja sebagai model dan saya akan terus bersuara tentang isu Palestin,” ujarnya.

CATE BLANCHETT

Pemenang dua trofi Anugerah Akademi ini membuat kejutan dengan muncul berbusana warna bendera Palestin di acara karpet merah Festival Filem Cannes 2024.

Penampilan menggegarkan dunia itu adalah sebagai tanda solidariti pelakon hebat itu terhadap Palestin yang ketika ini sedang berdepan serangan kejam Zionis.

Tindakan Cate Blanchett dianggap bijak kerana ketika ini, mata pemain dan peminat industri seni seluruh dunia tertumpu kepada acara tahunan yang mengangkat filem-filem global.

Biarpun pelakon Blue Jasmine itu tidak memberi sebarang kenyataan, namun tindakan tersebut mendapat pujian dan harapan bahawa tidak semua artis Hollywood menutup mata dengan apa yang sedang berlaku.


ANGELINA JOLIE

Biarpun pernah mendapat kecaman lantaran ‘penipuannya’ berhubung konflik yang berlaku antara Palestin-Israel, aktres hebat, Angelina Jolie tampil menyatakan pendiriannya.
Mengutuk sekerasnya kekejaman Zionis dan mengatakan sokongan terhadap Palestin, Angelina tidak pernah berhenti berkongsi pandangan dan situasi yang berlaku.
“40 peratus yang terbunuh adalah kanak-kanak,”katanya yang menganggap rejim Zionis tidak berperikemanusiaan.


MARK RUFFALO

Sohor sebagai Hulk dalam siri filem pecah panggung, The Avangers, Mark Ruffalo antara aktor yang tidak pernah berhenti lantang bersuara tentang penindasan Zionis di Palestin.

Malah, Mark juga tidak takut untuk bercakap tentangnya secara umum atau di media sosial. Baginya, penderitaan rakyat Palestin ketika ini harus mendapat perhatian dunia dan kekejaman Zionis perlu dihentikan.

“Saya gesa genjatan senjata dilakukan segera. Apa yang berlaku sangat menyedihkan,” kata Mark dalam aplikasi X.

MACKLEMORE

‘What happened to the artist? What d’you got to say?’

Itu bait-bait lirik lagu , Hind’s Hall nyanyian Macklemore yang mempersoalkan ketaksuban, kesenyapan dan kebodohan segelintir penggiat seni yang menutup mulut terhadap kekejaman Israel.

Jelas Macklemore, dia tidak kisah sekiranya dia dikecam dan berdepan pelbagai ancaman kerana apa yang berlaku di Palestin adalah sesuatu yang harus dipertontonkan sebagai bukti kekejaman Zionis.

Biarpun lagu tersebut menerima ‘shadowban’, namun karya hebat itu terus tular di media sosial apabila ramai pengguna berkongsi gambar dan video menggunakan bunyi lagu tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya