Seksi sampai berbikini, memang tidaklah! - Trisha Ooi

Seksi sampai berbikini, memang tidaklah! – Trisha Ooi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWAL pertemuan, saya sendiri menyangka dia seorang pelakon bukan Islam. Apatah lagi, nama keluarga Ooi yang dibawa membuatkan mungkin bukan saya sahaja tetapi ramai yang salah sangka.

“Saya Islam. Alhamdulillah.”

Itu jawapan aktres, Trisha Ooi ketika mungkin ramai yang salah menganggap. Tidak hanya itu, keterbukaan dia untuk tidak kisah berpenampilan seksi dalam beberapa naskhah juga membuatkan ramai yang tertanya-tanya.

Seseksi mana pelakon ini mampu berikan? Apakah limitasi dan had dalam menerima sesebuah watak khususnya yang mahu dia berpenampilan seksi? Trisha, Jawablah!

J: Bergelar pelakon baharu, mungkin apa pengalaman yang sehingga kini sukar untuk Trisha lupakan? Ada pelakon senior yang tidak gemar untuk berlakon dengan pelakon baharu. Tidak semua, segelintir. 

T: Alhamdulillah, setakat ini semua baik-baik sahaja. Saya banyak belajar dengan pelakon senior. Kita sedar diri, tak banyak pengalaman dan ilmu. Jadi, kalau kena tegur itu, biasalah. Pelajaran untuk kita.

Pernah sekali ada seorang pelakon senior yang saya sangat hormat, tegur saya tentang lakonan. Dia cakap, dia tak rasa emosi, penjiwaan saya ketika melontarkan dialog. Satu malam saya terfikir tentang itu sahaja.

Selepas itu, saya minta dia ajar. Kami jadi sangat rapat kerana teguran itu. Kalau kita ambil positif, kita tidak akan terasa hati. Kita mahu belajar, jadi jangan sombong. Kalau kena tegur sikit itu biasalah.

 

J: Trisha masih baru dalam industri seni namun ramai juga yang memuji komitmen malah jika dilihat profil drama dan filem lakonan Trisha, bukan calang-calang. Adakah Trisha selesa dengan apa yang dimiliki sekarang?

T: Selesa? Jauh lagi perjalanan saya. Saya tak pernah ambil mudah sesebuah tawaran itu. Tidak kira watak kecil atau besar, semua saya buat bersungguh-sungguh. Saya cuba beri yang terbaik.

Ruang dan peluang yang diberikan jangan dipersia. Saya tidak mahu kerana sikap sambil lewa atau main-main, pintu rezeki itu akan tertutup. Ini adalah minat saya dan dalam masa sama, punca pendapatan kan.

J: Sebelum ini ada yang menganggap Trisha sebagai pelakon seksi. Tidak kisah seseksi mana pun sesebuah watak perlukan, Trisha terima. Betul kah?

T: Memang ada tawaran yang meminta saya untuk lebih seksi daripada berkemban dan berseluar pendek. Seksi boleh tetapi saya ada batasnya. Tak mahu terlalu seksi melampau sebagai contoh berbikini.

Saya juga akan tolak tawaran yang memerlukan saya memakai busana sehingga menampakan pakaian dalam. Soal itu, saya agak tegas. Kalau tak boleh terima syarat saya, tak apa. Ada rezeki lain.

J: Bila menolak sesebuah tawaran, tak rasa rugi kah? Trisha pun baru mahu memahat nama kan? 

T: Tidak sama sekali. Saya ada prinsip juga. Dan soal rezeki ini, saya serahkan kepada Tuhan., Dia sebaik-baik perancang. Memang ada tawaran dengan harga lumayan, tetapi tidaklah.  Kita cuba berbincang capai persetujuan.

J: Baru-baru ini juga, ada khabar angin mendakwa Trisha mempunyai masalah dengan pihak pengurusan lama. Betul?

T: Tiada masalah besar pun, tiada isu tipu menipu atau apa-apa yang boleh dijadikan kontroversi. Sebaliknya, kontrak sudah tamat dan saya juga ingin cuba bergerak sendiri. Kalau terhad di satu tempat sahaja pun tak berkembang kan.

Sekarang saya menguruskan diri sendiri. Belajarlah. Saya mahu mematangkan diri sendiri. Susah juga pada awalnya tetapi lama-lama, kita sudah faham rentak itu kan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya