Ini bukan satu perkara baharu. Dah begitu lama dan begitu ramai yang bercerita perihal yang sama mengenai penyanyi yang kita semua cukup hormati kerana tarafnya sebagai seorang penyanyi hebat suatu ketika dahulu.
Cik Bunga baru-baru ini cuba juga menghubungi Uji Rashid kerana mahu mendapatkan kenyataan mengenai keadaan terkini anaknya, Cico Harahap yang sedang sakit jantung.
Dari awal, kita dah sediakan mental yang kemungkinan Uji tidak akan beri kerjasama dengan pihak media sebab sebelum ini pun punya susah dia nak beri kerjasama.
Sampaikan Cik Bunga minta pendapat dengan beberapa orang industri dan bertanyakan apa sebab Uji jadi begitu sekali, masih mengamalkan dasar tutup pintu kepada mana-mana pihak.
Tapi bab dapatkan sumbangan yang peliknya, dia mahu pula. Tak faham juga Cik Bunga. Kalau begitu susah nak beri kerjasama, macam mana orang nak sampaikan bantuan sumbangan dan sebagainya? Iyalah, mana orang nak tahu awak punya keadaan anak-beranak macam mana sekarang?
Ada antara sumber Cik Bunga beritahu, Uji sendiri pun sejenis susah nak buang sikap ‘diva’ dalam dirinya. Realitinya, ini bukan lagi zaman kegemilangannya di era 80an. Kalau kita kata begitu, khabarnya Uji cukup tak suka. Dimarahinya kita.
Cik Bunga pun ada bertanyakan pada rakan industri. Di mana dia tinggal sebenarnya.
“Dulu pun saya pernah cuba cari dia. Ada seorang Datuk ini nak bagi sumbangan sebelum Ramadan. Itu pun susah nak berkomunikasi dan dihubungi. Sehari selepas itu baru dia respons.
“Geng PR yang jaga dia sebelum ini pun pening dengan kerenahnya. Kadang cepat sentap juga dia itu,”kata sumber.
Hmmm… kalau begitu, sampai bila nak hidup dengan keadaan begitu ya Uji? Orang nak bantu kita yang tutup pintu. Susah kalau ada artis begini. Nanti kata persatuan itu dan ini, tak membantu tak ada simpati, tak hulur kebajikan. Aduhai… pening kepala Cik Bunga.