Nak dijadikan cerita, baru-baru ini, Cik Bunga adalah hadir ke sebuah acara hiburan di ibu negara. Maklum sahajalah, dalam bulan Ramadan ini, bukan main banyak acara hiburan berlangsung terutama majlis berbuka puasa. Sampai tak cukup tangan juga nak siapkan kerja-kerja yang bertimbun.
Tetapi itu bukan soalnya. Apa yang Cik Bunga nak kongsikan di sini, semasa hadir dalam sebuah acara itu, Cik Bunga dan beberapa orang rakan media ternampaklah kelibat pasangan MK K-Clique dengan isterinya yang hadir ke acara yang sama.
Memang manis sekali pasangan merpati dua sejoli ini. Pergi ke mana-mana pun, Cik Bunga perasan, MK tak pernah lepas pegang tangan isterinya. Sayang betul MK pada isteri. Kiranya, suami yang penyayang betul si MK ini.
Pada masa yang sama, kita ada terdengar bisik-bisik orang di majlis itu yang meneka isteri Mk sekarang sedang hamil berdasarkan perubahan bentuk perutnya. Meskipun selalu menggayakan jubah, tetapi agaknya mereka yang pandai ‘tengok’ boleh tahu kot. Berdasarkan pengalaman agaknya.
Tak tahulah kalau salah telahan ini bukan. Tetapi kalau betul pun, ini satu berita gembiralah bukan? Itu bermaksud, MK tidak lama lagi bakal menimang cahaya matalah. Wah, tahniah!
Namun, apa-apa pun, kita kena tunggu juga MK atau isterinya yang buat pengumuman. Sebagai pihak luar, kita doakan sahaja kebaikan. Kalau betul sedang hamil, didoakan semuanya dipermudahkan. Insya-Allah.