Anak saudara pun jadi mangsa pelakon lelaki itu - Utusan Malaysia

Anak saudara pun jadi mangsa pelakon lelaki itu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Cik Bunga terkejut juga apabila mendapat khabar ini. Memang sempat juga kita mengurut dada sambil beristighfar panjang. Pelakon lelaki ini sememangnya seorang yang tak pernah surut dengan kontroversi.

Adakala kontroversi yang menimpa dirinya dah tahap merisaukan. Bukan tahap biasa-biasa dah kiranya. Baru-baru ini Cik Bunga dengar pelakon lelaki ini, selain kantoi dengan perempuan lain secara rambang, tak sangka juga rupanya anak saudara dia pun turut menjadi mangsa mulut manis dia.

Masalahnya, sampai tahap kantoi dalam bilik di rumah sendiri ya. Nak dijadikan cerita, hal itu turut diketahui oleh isterinya di depan mata. Khabarnya, kehadiran anak saudaranya ke semenanjung adalah bertujuan untuk mencari kerja.

Namun bagaikan satu pengkhianatan, isteri yang sudah memberinya tumpang berteduh di rumah berasa terluka apabila anak saudaranya sendiri bermain cinta dengan suaminya.

Khabarnya, bila kantoi mereka dalam bilik bersama itu, si isteri tadi terus tarik keluar wanita berkenaan dan nekad menggunting-gunting rambut wanita itu sebagai satu hukuman.

Tak cukup dengan itu, isteri pelakon itu juga tak menunggu lama membelikan tiket penerbangan dan hantar semula anak saudaranya pulang ke kampung, bersyarat. Dia tak benarkan anak saudaranya itu jejak lagi Kuala Lumpur apatah lagi ke rumahnya.

Dalam hal ini, Cik Bunga geram juga sebab lelaki itu pun sah-sah bersalah. Tetapi melihat kepada keadaan semasa dan apa yang terjadi kepada pelakon lelaki tersebut, rasanya memang sesuai dan padan mukalah.

Sekarang, semakin ramai yang dah buka mata dan nampak kejelikkan perangai pelakon itu yang tak pernah nak berubah.

Makna kata, kerjaya seni yang dibinanya selama ini akhirnya jatuh dan rosak di tangan sendiri. Tak tahulah sampai bila industri seni masih lagi nak beri peluang kepadanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya