Pelakon lelaki ditipu kekasih sendiri - Utusan Malaysia

Pelakon lelaki ditipu kekasih sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tak tahulah sama ada nak berasa kasihan atau nak cakap padan muka pada seorang pelakon lelaki ini. Tetapi, rasanya Cik Bunga suka untuk mengambil sisi lebih positif dan menganggap segala pengalaman buruk yang menimpa dirinya sebagai satu teguran baik dari Allah SWT yang ternyata sayang dengannya.

Iyalah, ujian juga satu cara Allah menyatakan rasa sayangnya pada kita bukan? Cik Bunga selit sikitlah kata-kata motivasi kita pun esok lusa sudah masuk bulan Ramadan tak gitu?

Apa yang terjadi pada pelakon tersebut? Dengarnya, kontroversi mengenainya merosakkan anak orang sehingga hamil rupa-rupanya satu permainan gila daripada bekas kekasihnya yang menjadi dalang utama.

Iya, Cik Bunga sebut bekas kekasih sebab dengarnya juga dia sudah berpisah dengan wanita terbabit selepas mengetahui kekasihnya itu sebenarnya psiko. Rupa-rupanya, tak berlaku pun sebagaimana yang digembar-gemburkan di media sosial mengenai kontroversi itu.

Semua yang dilakukan wanita itu sememangnya atas dasar mahu menjatuhkan reputasi pelakon tersebut. Dalam erti kata lain, memang nak bagi malu padanya. Di sini, timbul simpati Cik Bunga pada artis ini.

Begitu sekali dugaannya untuk menempuh jalan sebagai anak seni dalam dunia hiburan. Sedang meniti dan membina nama dan kerjaya, tiba-tiba ingin diruntuhkan oleh orang yang dipercayai. Inilah lumrah hidup, tak semua perkara itu indah.

Cik Bunga doakan pelakon itu kekal istiqamah dalam membentuk jalan baharu demi memulihkan emosi dan mentalnya daripada segala perkara buruk yang pernah menimpa.

Cik Bunga juga berharap, suatu hari nanti, pelakon itu berani membuka suara mengenai apa sebenarnya yang terjadi bagi memulihkan semula namanya dalam industri seni terutama di mata umum.

Pasang semula niat baik dan tujuan sebenar masuk industri seni. Usah fikir pasal cinta kerana ternyata, cinta membuatkan awak rosak dan binasa, sekurang-kurangnya buat masa ini. Beri ruang buat diri sendiri bernafas lega dahulu. Bangkit semula dik!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya