Jep Sepah mahu lari ke mana? - Utusan Malaysia

Jep Sepah mahu lari ke mana?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ada yang menyampai pada Cik Bunga mengenai kerenah penyampai radio dan pelawak ini. Siapa lagi kalau bukan Jep yang juga merupakan anggota kumpulan Sepahtu.

Menurut sumber, baru-baru ini semasa menghadiri sebuah majlis yang dianjurkan oleh stesen radio yang juga tempat di mana Jep berkhidmat sebagai penyampai, pelawak itu dikatakan sengaja melarikan diri daripada sekumpulan peminat yang berhajat nak bergambar dengannya.

Kata sumber, Jep dengar sahaja peminat-peminat tersebut memanggil namanya dan mengajak bergambar, tetapi panggilan itu tidak disahut oleh Jep sebelum kemudiannya dia dilihat lekas-lekas mahu beredar dari tempat tersebut.

Sedangkan, itu majlis yang dikelolakan oleh stesen radio itu. Tak akanlah, rimas sangat ya bila peminat ajak bergambar? Cik Bunga hairan juga dengan sikap Jep ini.

Kalau dia larikan diri daripada pihak media, itu tak pelik pun sebab memang sikap sombongnya itu dengan pihak media tak pernah berubah. Pendek kata, dia memang benci sangat kalau ditemu bual wartawan. Entah apa sebabnya.

Tetapi kalau dengan peminat pun dia nak larikan diri, sahlah dia ini memang perangai tak cantik. Apalah salahnya nak melayan peminat itu sekejap, bukannya lama pun. Dah namanya dikenali orang, memang ramailah yang nak bergambar sebagai kenangan.

Tak tahulah pula kalau Jep nak larikan diri dari bergambar sebab wajah dia terlalu elok sampai bimbang wujud penyakit ain. Eh nanti sekejap, Jep dalam kategori artis elok dan tampanlah? Ops…

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya