‘KENA tolak banyak kali pun saya tidak mengalah.” Demikian semangat pempengaruh dan pelakon baharu, Imranul Effendy, 26, walaupun berkali-kali namanya gagal lolos selepas menjalani uji bakat lakonan. Membesar dengan naskhah lakonan Shah Rukh Khan (SRK) membuatkan jejaka kelahiran Negeri Sembilan ini mula menanam azam untuk tampil di layar. “Saya dari kecil tengok semua filem Shah Rukh Khan. Apa yang saya suka mengenai beliau ialah dia pelakon yang sangat berkarisma dan boleh membawakan banyak jenis watak. “Walaupun SRK dikenali dengan banyak filem romantis namun dia juga sangat hebat membawakan karakter antagonis,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya