Gimik kahwin bukan taraf Siti Nordiana - Utusan Malaysia

Gimik kahwin bukan taraf Siti Nordiana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Cik Bunga jujurnya memang kurang senang dengan modus operandi atau gimik yang digunapakai oleh penyanyi Siti Nordiana ketika dia mengumumkan hasratnya mengadakan konsert Memori Berkasih baru-baru ini.

Katanya, konsert tersebut bakal diadakan pada 11 Mei depan. Tak kisahlah mengenai hasrat nak buat konsert itu, kita sokong saja. Apa yang tak berapa cantiknya bila Nana buat gimik ala nak berkahwin.

Siap muat naik hantaran ala ‘teaser’ di media sosial untuk memancing perhatian orang ramai. Bagi Cik Bunga, tahap dan kedudukan Nana sebagai seorang penyanyi yang sudah dikenali dan popular, tak perlu pun buat gimik begitu.

Kalau iya pun Nana dikenali sebagai seorang penyanyi lagu-lagu ‘leman’ atau kekampungan bak kata Datuk Ramli MS, rasanya tak perlu sampai buat gimik nak kahwin-kahwin ini. 

Cik Bunga percaya, Nana pun bukannya terdesak seperti itu. Cik Bunga tak adalah nak salahkan Nana seorang sahaja, apa pula peranan pasukan terdekat Nana dalam memberi cadangan atau buah fikiran? Tak akanlah tak ada yang jadi tukang penasihat?

Kenapa Cik Bunga kata Nana tak payah buat gimik murahan begitu? Satu sebab ketara adalah, peminat Nana memang fanatik terhadap Nana. Tak pernah tak menyokong apa sahaja yang Nana buat apalagi kalau penyanyi ini mengumumkan hasrat nak buat konsert.

Jadi, Nana sebenarnya boleh buat pengumuman lebih ‘classy’ lagi. Bukan cara begitu. Tapi siapalah kita untuk Nana ambil nasihat bukan? Benda pun sudah dibuat…

Cuma, kalau selepas ini Nana boleh ambil perhatianlah sedikit supaya elak buat perkara atau gimik murahan. Nana dah tahap berbeza, bukan budak-budak baru nak UP. Tak gitu?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya