Aktor itu dah pandai ada skandal - Utusan Malaysia

Aktor itu dah pandai ada skandal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dulu, sebelum dia popular macam sekarang, Cik Bunga masih ingat lagi bagaimana polosnya aktor muda ini sewaktu kali pertama bertemu.

Baik budi bahasanya dan senyuman juga sentiasa terukir di bibir. Bukanlah sekarang tak suka senyum, tetapi dah mula dah cerita-cerita tak ‘best’ melingkari seputar kehidupannya.

Sikit demi sikit ada sahaja cerita kurang menarik terpalit padanya dan bagi Cik Bunga, ini tak bagus untuk kerjaya seninya. Iyalah, orang yang kenal rapat dengannya mungkin sedaya upaya menutup hal tak baik itu.

Tetapi benda busuk, kalau lama-lama cuba ditutup pun, ia akan terbongkar juga. Macam kes aktor inilah. Terbaharu, Cik Bunga dapat tahu, dia dah mula pandai nak berskandal sedangkan sebelum ini, secara tak rasminya kita ada dengar dia sebenarnya sudah nak masuk ke alam rumah tangga.

Masih menyorokkan siapa kekasihnya, aktor itu bagaimanapun ada menjalin hubungan dengan seorang wanita dalam industri seni ini. Masalahnya, wanita itu pun boleh tahan liar juga. 

Konsepnya, dia skandal dengan wanita itu pun sekadar untuk ‘geli-geli’ sahaja. Entahlah, apa dia fikir orang selamanya tak akan tahu mengenai kelakuannya itukah? 

Cik Bunga tunggu saja suatu hari nanti terbongkar mengenai perkara ini. Harapnya, dia segeralah berhenti buat apa yang dia buat sekarang. Kalau Cik Bunga jadi kekasihnya, betapa hancurnya hati kita bila buah hati pujaan tergamak curangi kita.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya