PENYANYI, Yoon Sang menolak dakwaan menggunakan statusnya yang juga penyanyi terkenal penyanyi sebagai jalan mudah untuk anaknya, Anton menyertai kumpulan RIZE.
menerusi satu wawancara, Yoon Sang menjelaskan bahawa penyertaan Anton dalam kumpulan terbabit adalah selepas sesi uji bakat dan pemilihan yang diluluskan agensi pengendali bakat SM Entertainment.
“Saya beranggapan peminat tidak mengetahui hal sebenar apabila mendengar spekulasi berkenaan hal ini.
“Ibarat Anton tidak akan menerima tawaran seperti itu pada usia mudanya,” katanya.
Yoon pada masa sama menjelaskan tidak mudah untuk dia membenarkan anaknya menyertai dunia hiburan lebih-lebih lagi apabila melalui sendiri cabaran yang perlu ditempuh dalam industri tersebut.
“Saya tidak pernah terfikir anak saya akan menjadi bintang K-Pop. Benar dia mempunyai minat mendalam terhadap dunia nyanyian, tetapi ketika membesar Anton lebih banyak membabitkan diri dalam sukan renang.
“Dia berpengalaman 10 tahun dalam sukan berkenaan dan merekodkan pencapaian cemerlang sepanjang pembabitannya,” jelasnya.