Salah guna dadah, Nam Tae Hyun dan bekas teman wanita terima hukuman penjara - Utusan Malaysia

Salah guna dadah, Nam Tae Hyun dan bekas teman wanita terima hukuman penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENYANYI dan penulis lirik, Nam Tae Hyun, Seo Eun Ho dijatuhkan hukuman satu tahun penjara selepas disabit kesalahan penyalahgunaan dadah.

Mahkamah daerah Seoul yang membuat keputusan tersebut pada 18 Januari lepas turut menetapkan sekatan dua tahun daripada sebarang pembabitan dalam dunia seni terhadap Tae Hyun.

Bekas teman wanitanya, Seo Eun Woo, yang turut disabitkan dengan kesalahan sama menerima hukuman 10 bulan penjara, selain sekatan pembabitan dalam dunia seni selama dua tahun.

Pada masa sama, hakim turut mengarahkan keduanya menjalani pemulihan selama 40 jam.

“Tae Hyun sebelum ini tidak pernah disabitkan dengan kesalahan yang sama dan bersedia menerima hukuman serta menjalani pemulihan.

“Sementara Eun Woo juga tidak memiliki rekod jenayah lampau dan sedia menjalani pemulihan.

“Atas sebab itu, mahkamah memutuskan hukuman lebih ringan buat kedua pesalah,” kata hakim.

Keputusan tersebut menoktahkan proses turun naik mahkamah kedua selebriti itu yang berlarutan sejak tahun 2022.

Keduanya menerima pertuduhan ke atas kesalahan berkenaan sejak Ogos 2022.

Tae Hyun memulakan kerjaya bersama kumpulan Winner bermula pada tahun 2014, manakala Eun Ho merupakan pempengaruh Korea yang popular menerusi rancangan Heart Signal 3.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya