Sombong sebab buat forex? Luculah dik - Utusan Malaysia

Sombong sebab buat forex? Luculah dik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tergelak sakan Cik Bunga bila teman rapat dalam industri beritahu, dia terkilan dengan sikap seorang penyanyi muda yang seorang ini.

Cik Bunga pun pernah sebelum ini temu bual dan panggil dia untuk jalani sesi fotografi. Maklumlah, masa itu dia mula-mula nak naik dalam industri, tak tahu selok belok dan pendek kata masih mentah.

Malah, masih Cik Bunga ingat, teman kita tadi turut pernah membantu menaikkan namanya dengan rajin menulis artikel baik mengenai penyanyi tersebut di akhbar.

Sampai pernah satu ketika, di awal kemunculannya, teman Cik Bunga ini gigih cari baju kepunyaannya untuk dipinjamkan kepada penyanyi tersebut sebab artis itu mengadu minit terakhir, tiada baju untuk sesi fotografi.

Nak tahu sebab apa? Sebab baju yang dia sudah sediakan untuk pergi ke sesi fotografi keesokannya itu telah dikoyak dan digunting-gunting oleh adiknya sendiri yang cemburu dengan kerjayanya sebagai penyanyi.

Kini Cik Bunga dengar, dia kononnya semakin berjaya dan berduit sebab buat Forex. Sudah ada kereta mewah dan kehidupan pun nampak lainlah. Tetapi tak akanlah sebab itu hidup pun kena sombong ya?

Kalau berduit, tak sombong kira tak cukup lengkap kot pakej orang kaya, begitu? Sampai lupa orang-orang yang pernah membantu sewaktu tiada apa-apa dan baru nak naik dulu?

Entahlah. Mungkin betul kata orang, manusia kalau dengan duit, adik-beradik, saudara-mara pun boleh hilang, apatah lagi jika orang luar. Tunduk ke bumi sikit dik, baru kita lebih dihormati dan disayangi orang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya