Jujurnya, kalau Cik Bunga jadi Erra Fazira, mesti rasa semak dah apabila sering diasak dengan soalan pasal sudah kahwin ke belum.
Sebenarnya, gosip ini bukan sekali dua sudah muncul. Sejak tahun 2021 lagi. Tetapi baru-baru ini, nama Erra kembali hangat apabila ada yang mendakwa gosip dia telah berkahwin dengan seorang ahli politik berasal dari Perak itu sebenarnya betul.
Kononnya, ada kenalan industri yang bertandang ke kediaman Erra baru-baru ini dan dia ternampak gambar perkahwinan primadona tersebut di rumahnya.
Apa yang mengejutkan, lelaki yang duduk disampingnya di dalam gambar itu merupakan lelaki yang sama digosipkan ramai sebelum itu. Aduhai… makin pening Cik Bunga nak fikir.
Bukan apa, kedua-duanya pernah menafikan. Tetapi timbul pula cerita baharu kata sudah kahwin. Mana satu betul? Adakah penafian itu dilakukan kerana mahu menutup atau menyembunyikan sesuatu?
Kalau betul sudah berkahwin, untuk apa disembunyikan? Orang kata benda baik. Kurang-kurang kalau Erra umum dah kahwin, tak adalah lelaki-lelaki miang lain cuba hendak masuk barisan, cuba nasib memikat Erra.
Tapi itulah, adakala bila sudah banyak sangat gosip timbul, ada yang kata sebenarnya ia memang cerita benar. Entahlah. Tak tahu mana satu hendak percaya. Bagi Cik Bunga, kalau ada bukti, baru boleh sembang dan percaya.