5 filem menampar realiti - Utusan Malaysia

5 filem menampar realiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FILEM adalah cerminan masyarakat. Tidak kira berlandaskan apa sahaja tema dan jalan cerita, sesebuah naskhah itu seharusnya mempunyai matlamat dan hala tuju dalam memberi semula kepada mereka yang menonton.

Bukan dari segi wang ringgit tetapi rasa, yang memungkinkan setiap tindak tanduk difikir dan dicakna dahulu. Pengajaran serta intipati yang boleh dibawa ke hari tua sebagai pedoman hidup.

Minggu ini kita senaraikan lima buah filem Korea Selatan yang mengangkat kisah benar ke layar perak.
Ada yang mungkin terlalu sadis dan ada naskah yang membuka mata masyarakat semula.

THE CASE OF ITAEWON HOMICIDE

Salam satu bandar di Korea Selatan, Itaewon bukan sahaja popular dengan deretan kelab-kelab malam yang sentiasa penuh dengan pengunjung luar negara namun ada kisah ‘seram’ yang mengekori di belakang.

Itaewon pernah menduduki carta berita dunia sekitar tahun 1997 apabila masyarakat setempat digemparkan dengan kes pembunuhan apabila seorang pelajar sebuah kolej ditemukan mati dibunuh kejam.

12 tahun kemudian, sebuah filem, The Case Of Itaewon Homicide diterbitkan yang menceritakan secara details kronologi pembunuhan kejam tersebut.

Filem ini dibintangi nama-nama besar antaranya Jang Keun-suk, Jung Jin-young dan Song Joong-ki.

71: INTO THE FIRE

Naskah ini membawa penonton menelusuri sejarah lama Korea Selatan pada 11 Ogos 1950 apabila 71 pelajar tentera negara tersebut mempertahan Sekolah Menengah Perempuan P’ohang yang diserang Korea Utara.

Peristiwa yang mencatat sejarah memilukan itu berlangsung selama 11 jam dan 71 pelajar yang berdiri mempertahankan sekolah adalah mereka yang tidak dilatih, tidak bersenjata dan suka rela berjuang demi negara.

71: Into The Fire arahan Lee Jae Han dan dibintangi Cha Seung Won, Kwon Sang Woo, T.O.P dan Kim Seung Woo itu berjaya pecah panggung dan menjadi antara lima filem paling laris 2010!

SILENCED

Jika anda bukan seorang yang kuat hatinya, jangan tonton filem Silenced. Disenarai antara filem ‘paling gelap’ dalam sejarah Korea Selatan, Silenced menceritakan kisah benar yang berlaku di Gwangju Inhwa School.

Naskhah yang dibintangi Gong Yoo ini membawa penonton ‘melihat’ kekejaman dua beradik yang melakukan jenayah seksual dan merogol pelajar-pelajar cacat pendengaran di sekolah tersebut.

Jenayah yang telah berlaku selama lima tahun itu terbongkar apabila seorang guru muda memberanikan diri membawa kes tersebut ke muka pengadilan. Kejam, sadis dan menyayat hati!

HOPE

Ini satu lagi naskhah yang cukup menyayat hati. Hope mengangkat kisah benar yang berlaku ke atas kanak-kanak, So Won yang diculik, dipukul dan dirogol lelaki tidak dikenalinya ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Jenayah yang menggemparkan Korea Selatan ini kerana lelaki berusia 57 tahun itu melakukan kekejaman di luar nurani seorang manusia. Namun So Won berjaya diselamatkan selepas kanak-kanak itu menelefon pihak polis.

Filem ini menceritakan bagaimana keluarga tersebut mencari semula sihar hidup dengan sejarah hitam yang masih berbekas dalam ingatan setiap penduduk negara tersebut. Kejam sungguh!


HAN GONG-JU

Ini bukan kisah benar sekumpulan manusia tetapi sekawan binatang yang menjadi punca hitamnya hidup seorang pelajar sekolah sehingga gadis itu mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Han Gong Ju berkisarkan pelajar-pelajar sekolah Miryang yang telah dirogol beramai-ramai oleh 44 pelajar lelaki dari sekolah berbeza. Kes tersebut telah dibicarakan dan mendapat pelbagai reaksi netizen.

Filem ini membuka mata pelbagai pihak dan ada yang mula mencabar keputusan mahkamah yang menyabitkan kesalahan terhadap lima pelajar sahaja sedangkan angka yang terlibat dengan kekejaman dan jenayah tersebut jauh lebih besar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya