Tentang grunge dan dulu-dulu yang dah habis - Utusan Malaysia

Tentang grunge dan dulu-dulu yang dah habis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KENAPA di Malaysia, tidak banyak kugiran grunge yang berjaya selepas Butterfingers?

EMMET: Mungkin masa berubah. Masa kami main dulu, memang ada tempat untuk nikmati muzik secara langsung.

LOQUE: Waktu itu pun, grunge macam hip hop sekarang. Zaman itu, mendiang Kurt (Cobain) memang buat satu peralihan suasana muzik, terutamanya untuk generasi kami. Bukan grunge saja, muzik alternatif.

Masa itu dipanggil muzik underground. Banyak pusat jamming, sekarang dah tak banyak. Dulu, mat rempit ke apa, hujung minggu mesti pergi jamming sebab itu macam riadah mereka, macam main snooker.

KADAK: Dia kena setara. Evolusi muzik yang masuk dari Barat ke, kena setara dengan proses pendewasaan seseorang. Selepas SPM, itu waktu terbaik. Zaman remaja menuju dewasa, itu waktu paling sesuai untuk kita ikut semua trend.

LOQUE: Kugiran grunge memang dari dulu kurang. Kugiran independen yang banyak, main macam-macam muzik. Mungkin sebab kita (Butterfingers) dah kuasai pasaran secara tak sengaja.

Dulu gig kerap dianjurkan?

LOQUE: Dulu banyak, setiap minggu ada. Dia macam pusat jamming juga. Selebat mana ada pusat jamming, selebat itu juga gig.

LOKO: Semua kelab ada gig tapi waktu siang saja. Malam dia jadi disko.

Macam mana dengan festival?

LOKO: Dulu banyak gig saja. Festival pun arus perdana, macam Pesta Penang.

LOQUE: Kita pernah main fun fair dengan XPDC, tahun 1998.

LOKO: Orang kata macam Metallica dengan Nirvana.

KADAK: Pernah juga ada XPDC, Amuk, Manterra, Butterfingers.

Apa kelebihannya apabila Butterfingers berada di bawah syarikat rakaman?

LOQUE: Sekarang tak guna sign dengan syarikat rakaman. Buat apa? Magis syarikat rakaman dah tak ada.

Kalau dulu, syarikat rakaman itu tingkap untuk pengedaran. Dia ada lori. Kedai muzik semua dia pegang. Macam sekarang, dah ada Spotify semua. Sistem sekarang dah tak berharap pada syarikat rakaman. Sendiri boleh muat naik lagu ke Spotify, Youtube.

Syarikat rakaman dulu sebab ada kuasa, mereka akan tentukan semua.

Syarikat rakaman ini ada modal. Kalau nak rakam album dulu perlu RM30,000 atau RM40,000. Tak ada komputer, DAW. Sekarang kalau ada RM1,000 atau RM2,000, ada mikrofon, dengan teknologi yang tak ada penghujung, semua boleh dibuat.

EMMET: Dulu kena hasilkan bunyi sendiri. Setiap kugiran akan ada bunyi tersendiri.

KADAK: Sekarang ada juga kugiran baharu yang duduk bawah syarikat rakaman macam Nova Music, Luncai Emas, Rusa Music dan MVM.

LOQUE: Syarikat rakaman sekarang menyeluruh. Dia buat tajaan, cenderamata, jelajah, persembahan. Dulu, pengalaman kami, mereka hanya terlibat rakaman saja. Yang lain tak campur.

Kalau syarikat rakaman yang hanya terlibat rakaman, tak payah ada pun tak apa sekarang. Melainkan kalau melibatkan pengurusan. Itu okay. Sebab syarikat rakaman pun dah tukar permainan dia, dah lebih kepada tajaan dan kandungan.

Dulu kita guna syarikat rakaman sebab nak beli barang-barang yang berkualiti. Dan mereka juga peruntukkan 100 jam waktu rakaman.

30 tahun Butterfingers wujud tapi tak ada impak jelas kepada peminat massa. Kenapa?

EMMET: Kita macam kugiran kultus. Massa tetap massa, ia normal. Sebab itu ia dipanggil pop. Perisa pop itu sentiasa berubah. Sampai masa, anda hanya jadi a dime a dozen, menjadi bakat yang dilupakan. Tetapi kugiran kultus, orang betul-betul percaya yang mereka boleh rasa dan berhubung dengan muziknya.

Itu bezanya dengan pop. Muzik pop ini kita disuap tapi kugiran kultus kita yang cari.

KADAK: Di sini pun ada penerimaan. Contohnya lagu The Chemistry dapat sambutan ramai. Tapi yang lain-lain hanya diterima oleh sekelompok peminat yang dikatakan ‘kultus’ tadi. Kami tak rasa kami arus perdana, muzik kami agak berat untuk diterima ramai selama 30 tahun ini.

The Chemistry saja yang dapat masuk ke pasaran arus perdana. Yang lain, termasuk lagu Melayu masih tak dapat.

LOKO: Ini sebab orang dalam industri juga macam radio, televisyen, mereka tak berani nak ketengahkan muzik macam ini. Kita tak dapat nak didik. Semua nak kejar duit, jadi hal-hal macam ini mereka tolak tepi dahulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya