TAYLOR SWIFT, satu jenama yang besar dalam industri muzik dunia. Album, lagu dan konsertnya tidak pernah gagal menambat hati peminat.
Namun tidak hanya hati peminat, penyanyi lagu Blank Space ini juga jaguh menggoda lelaki-lelaki yang dahagakan kasih sayang seorang wanita.
Bukan seorang tetapi sejarah membuktikan wanita berusia 33 tahun itu juga seringkali menjadikan lirik lagunya sebagai diari penceritaan percintaannya.
Ayuh kita senaraikan lelaki-lelaki yang pernah, masih dan mungkin kembali menduduki takhta hati Taylor Swift!
Joe Jonas (2008)
Empat tahun selepas menceburi bidang seni, Taylor mula menjalinkan hubungan dengan rakan penyanyi, Joe Jonas. Namun selepas empat bulan bercinta, hubungan tersebut putus di tengah jalan.
Membuka cerita tentang perpisahan itu, Taylor meluahkan rasa geram kerana bekas teman lelakinya itu membuat keputusan untuk berpisah hanya menerusi panggilan telefon berdurasi 25 saat sahaja!
Sebagai ‘pembalasan dendam’, Taylor menulis lagu-lagu dalam album Fearless berkaitan seorang lelaki antaranya Last Kiss, Better Than Revenge dan Forever and Always, yang dikaitkan dengan Joe. Panas!
Taylor Lautner ( 2009)
Pasangan yang mendapat julukan Taylor Squared ini mula bercinta ketika penggambaran lagu Valentines Day.
Tidak sampai setahun, mereka berpisah dan Taylor mendedikasikan lagu Back to December, sebagai permohonan maafnya kepada Lautner.
Tetapi dalam tahun sama, Taylor sebenarnya turut menjalinkan huungan dengan model, Lucas Till tau!
John Mayer (2010)
Kisah percintaan mereka ini cukup dramatik. Mana tidaknya selepas berpisah, masing-masing mula berbalas kenyataan mengutuk antara satu sama lain. Seram!
Taylot mendedikasi lagu Dear John kepada penyanyi lelaki tersebut selepas mereka berpisah. John yang berang membalas dendam dengan mendedahkan peranagi buruk Taylor kepada umum.
Inilah yang orang cakap, manis masa bercinta. Kalau berpisah, pahitnya aduh!
Jake Gyllenhall (2011)
Lagu All Too Well menjadi bukti kisah percintaannya dengan Jake Gyllenhall. Biarpun hanya bertahan tiga bulan sahaja, tetapi kisah percintaan mereka cukup gempar.
Malah tidak hanya satu lagu, Taylor turut dikatakan menulis lagu We Are Never Getting Back Together dan The Moment I Knew sebagai hadiah kepada Jjake.
Perpisahan mereka dikatakan berpunca daripada jarak usia yang terlalu jauh, iaitu sembilan tahun.
Calvin Harris (2016)
Perpisahan yang berlaku antara Taylor dan Calvin memang kecoh. Tidak hanya berbalas kenyataan, mereka juga turut mencipta lagu bercerita tentang keburukan masing-masing.
Mana tidaknya, ini mungkin percintaan paling lama untuk Taylor yang sebelum ini dikenali sebagai ‘wanita cinta singkat’.
Namun, ternyata selepas setahun, Calvin dan Taylor juga berpisah malah dianggap kisah putus cinta paling brutal setakat ini.
Tom Hiddleston (2016)
Pasangan ini mula jatuh cinta saat pertama kali bertemu di acara Met Gala 2016. Percintaan mereka boleh dikatakan serius selepas Tom mengunjungi kedua ibu bapa Taylor di Nashville.
Namun ternyata, percintaan mereka juga tidak bertahan lama. Taylor sendiri meminta putus dengan memberi alasan tidak melihat masa depan yang cerah dalam hubungan tersebut. Suka sangat beri harapan!