Dah lama juga Cik Bunga perhatikan kerenah seorang selebriti wanita tempatan kita ini. Nak kata dia tak popular, mustahil, sebab dia memang dah lama dikenali ramai.
Malah,sejak dua menjak ini pun popularitinya umpama tak tergugat sementelah dia pun ligat dengan bermacam-macam program dan acara hiburan.
Jadi, untuk melabel dia mahu mengejar populariti itu, bagi Cik Bunga, macam tak logiklah sebab dia sudah sedia ada popular.
Bagaimanapun, dari satu sudut, Cik Bunga rasa artis wanita ini nampaknya memang gila glamor bagai dikata orang. Satu bukti nyata yang berlaku di depan mata Cik Bunga ialah ketika hadir dalam satu acara hiburan baru-baru ini.
Adakah munasabah, bila berada dalam majlis orang, dia pula yang sibuk nak ada cubaan ‘mencuri’ limelight artis lain di acara yang sama? Padahal dia pun dijemput tuan rumah untuk hadir ke majlis tersebut.
Tup tup, disuruhnya seorang pembantu peribadinya untuk buat kejutan hari lahir di majlis orang lain. Aduhai, tak tahu nak bagi reaksi macam mana sebab benda begini bagi Cik Bunga sebenarnya ‘common sense’.
Motiflah nak curi limelight orang waktu yang sama, majlis yang sama. Kalau iya pun, buatlah majlis sendiri ye tak. Patut usia makin meningkat makin matang lah fikiran, ini macam budak-budak lagi, susahlah.
Mujurnya si pembantu tadi tu tak sempat pun nak belikan dia kek semata-mata nak buat kejutan tak terancang itu. Kalau tak, huru haralah majlis orang. Itu tak gila glamor? Tolonglah ek…