KETIKA sesi fotografi ini dijalankan, sesekali penyanyi ini kelihatan begitu kekok untuk beraksi dan bergaya di hadapan kamera, seakan bimbang kalau-kalau gayanya kelihatan seksi. Hairan juga kerana lazimnya sebagai seorang artis atau selebriti, seharusnya Bunga Isme perlu tahu bagaimana untuk bergaya meskipun tidak menggalas kerjaya sebagai seorang peragawati. Lalu, ketika duduk menemu bual penyanyi rap berhijab ini, sengaja dilayangkan pertanyaan, adakah Bunga kini terlalu berhati-hati untuk beraksi berlebihan hanya kerana tidak lama lagi bakal bergelar isteri orang? Tebakan pertanyaan itu kemudiannya disambut dengan tawa kecil Bunga sambil beralas jawapan lain.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya