Sebenarnya, Cik Bunga pun terkejut juga dengan perkara ini. Semuanya gara-gara ralit ‘scroll’ kemas kini kawan-kawan di Instagram sebelum mata Cik Bunga terhenti pada beberapa video dan gambar yang dikongsikan oleh seorang rakan industri.
Terdetik di hati Cik Bunga, ‘Eh, siapa pula wanita yang asyik berpeluk dengan vokalis kumpulan Floor 88, Ayie, ini?’. Iyalah, dalam fikiran dan setahu Cik Bunga, Ayie sudah berkahwin. Dah ada anak pun.
Jadi siapa pula wanita berkenaan bukan? Bila ditilik semula, rupanya wanita tersebut adalah isteri Ayie. Cumanya penampilannya dah berbeza kali ini.
Kalau dulu bertudung, sekarang rupanya sudah tidak bertudung. Cik Bunga ada juga tinjau dalam ruangan komen di Instagram. Iyalah, mana tahu kot ada netizen yang sama hairan dengan Cik Bunga.
Ternyata ramai juga rupanya yang sama dengan kita. Persoalannya di sini, Ayie okey ke dengan perubahan isterinya itu yang kini tak lagi ayu manis bertudung?
Iyalah, di kala kebetulan ramai pula artis wanita yang nak beralih arah konon-konon iman tak kuat lalu tudung pun terbang, tentulah perkara seperti ini jadi perhatian ramai.
Tak tahulah nak kata apa. Macam-macam lah perangai manusia ini bukan..