Dipaksa kerja walau sakit dan kontroversi lain FIFTY FIFTY - Utusan Malaysia

Dipaksa kerja walau sakit dan kontroversi lain FIFTY FIFTY

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMENJAK lagu ‘Cupid’ meledak dengan 141 juta tontonan di Youtube, kumpulan FIFTY FIFTY mula mencuri tumpuan. Sedikit demi sedikit ada sahaja kejayaan baharu diraih kumpulan itu seperti menjadi satu-satunya kumpulan Korea yang dipilih menyanyikan runut bunyi filem Barbie.

Mereka juga menjadi kumpulan Korea yang paling pantas menembusi pasaran Amerika Syarikat apabila berjaya memasuki carta Billboard Hot 100 tahun ini. Tuah lagu ‘Cupid’ juga melayakkan kumpulan tersebut tercalon anugerah Grammy dalam kategori Duo/ artis berkumpulan terbaik.

Apa yang dikecapi FIFTY FIFTY adalah sesuatu yang luar biasa untuk artis yang datang dari syarikat rakaman kecil bernama Attrakt. Namun begitu, kerana industri hiburan Korea Selatan sangat pesat berkembang, nama mereka dengan mudah dilupakan jika mereka berhenti dengan kejayaan ‘Cupid’.

Semenjak ‘Cupid’ menemui pendengar, entah kenapa kerja-kerja promosi FIFTY FIFTY bergerak sangat perlahan. Sayang sekali kerana sebelah kaki mereka sudah menembusi pasaran muzik kebal dunia, Hollywood.

Rupanya kumpulan dengan empat orang ahli iaitu Saena, Aran, Keena, dan Sio sedang mengalami kontroversi membabitkan kontrak dan kesalahan takbir urus agensi bakat mereka. Hal itu membuatkan segala aktiviti membabitkan FIFTY FIFTY dibekukan.

Saena, Aran, Keena, dan Sio telah melantik peguam untuk menyaman agensinya, Attrakt kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian, menganiaya dan merosakkan kepercayaan antara mereka.

Sio mengalami gangguan kecemasan serius yang disahkan oleh pihak hospital. Namun agensi memaksa semua ahli berlatih dan bekerja tanpa memikirkan kesihatan mereka.

Attrakt telah melantik sebuah vendor bernama The Givers untuk menghasilkan lagu dan menguruskan FIFTY FIFTY. The Givers mengatakan sebarang aktiviti kumpulan terpaksa ditangguhkan selama dua bulan kerana Aran perlu menjalani pembedahan.

Namun portal Dispatch melaporkan keadaan kesihatan Aran hanyalah alasan yang dicipta pengerusi The Givers.

Tidak hanya itu, lagu ‘Cupid’ yang selama ini membawa tuah rupanya menjadi bala baharu buat agensi dan kumpulan itu apabila mereka mendakwa The Givers telah mencuri hak cipta lagu berkenaan dan memadam semua data yang sepatutnya diserahkan kepada Attrakt.

Bukan itu sahaja, kononnya Warner Music Korea menghasut semua ahli untuk melanggar kontrak perjanjian mereka dan menawarkan kontrak rakaman yang lebih baik buat kumpulan itu. Namun, perkara tersebut sudah disangkal oleh Warner Music Korea.

Minggu ini, Keena kembali ke Attrakt dan membatalkan saman kepada agensi pada Ogos lalu. Sementara ahli lain, dilihat belum ada ura-ura membatalkan saman berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya