Berlagak pengurus, artis pula yang terpalit nama buruk - Utusan Malaysia

Berlagak pengurus, artis pula yang terpalit nama buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Semasa Cik Bunga dikhabarkan dengan cerita ini, memang terkejut juga kita. Satu soalan, dalam industri tak ramai pun yang mengenali individu yang mengaku pengurus artis ini. Tetapi hairannya, memang wujud orang macam ini.

Kononnya dia mengaku pada klien yang dia ini menguruskan seorang artis bernama besar dalam industri. Bukan satu, tetapi entah berapa banyak klien yang dah tertipu dengan wanita ini.

Konon dia boleh jadi jambatan untuk sebarang kolaborasi dengan artis tersebut. Iyalah, adalah dua tiga yang mungkin ada hasil, tetapi yang selebihnya tak nampak hasil.

Berjanji nak kolab dengan klien untuk jenama-jenama tertentu, namun ke laut dalam jadinya. Entah apa yang ditipu pada klien pun tak tahulah sampai klien jadi percaya.

Namun hujung-hujung bila dapat bau yang dia ini macam kaki penipu, pinjam barang tak pulang balik, berjanji tapi mungkiri, malah terpalit pula dengan isu mencuri barang si artis, maka ramai klien dah mula angkat kaki.

Pendek kata rekod jadi tak cantiklah dik. Kalau buat kerja seorang, patut tanggunglah seorang bukan? Yang memalukan ialah, apabila cerita temberang dan kelakuan buruknya itu kemudiannya terpalit pula pada artis yang kononnya dijaga itu.

Tak pasal-pasal klien tuduh artis itulah yang tak pulangkan barang, tak tepati janji dan sebagainya. Walhal, artis itu tak tahu menahu apa sebenarnya yang berlaku. Bukan salah si artis itu pun.

Kasihan juga Cik Bunga pada artis tersebut. Iyalah, rosak nama baik dia dalam industri sedangkan dia tak pernah pun buat kerja-kerja terkutuk seperti itu.

Orang macam wanita itu patutnya diheret ke balai polis saja. Tetapi artis itu baik hati lagi nak jaga nama si ‘penyamun’. Kalau Cik Bunga, tiada maaf bagimu dah. Jom ke balai terus! Bukan apa, bimbang dia buat pada orang lain pula selepas ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya