Ada artis dengki dengan Daiyan Trisha ke? - Utusan Malaysia

Ada artis dengki dengan Daiyan Trisha ke?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bolak balik ke luar negara, pendek kata dari satu negara ke satu negara, lepas itu pula berpeluang hadir ke acara-acara terkemuka bertaraf antarabangsa.

Fuh, macam manalah ramai tak jadi cemburu dengan pelakon dan penyanyi cantik seorang ini, siapa lagi kalau bukan Daiyan Trisha.

Kalau tak cemburu buta, bukan Melayu lah namanya. Bukan Cik Bunga kata, orang kata… Tetapi itulah apa yang Cik Bunga dengar, ada artis wanita yang cemburu dengan apa yang dimiliki dan dikecapi oleh Daiyan Trisha ini.

Umpamanya kalau boleh, dia anggap dia yang patut dapat peluang itu semua, kiranya dia lagi lawa, lagi layaklah kot, begitu.

Masalahnya, ini kan soal rezeki dan tuah orang. Kenapa nak kena ada sifat cemburu seperti itu ya? Hairan juga Cik Bunga. Kalau dah memang sekarang adalah masanya untuk Daiyan menyinar, biarlah, berilah dia peluang.

Lagipun Cik Bunga percaya, dia pun menunggu peluang seperti itu datang bukan sehari dua. Dia pun menapak juga dalam bidang seni ini. Mungkin tuah lebih berpihak kepada Daiyan buat masa sekarang.

Masa awak pula mungkin belum tiba. Tapi kalau belum apa-apa sudah menggelupur nak cemburu buta pada kejayaan orang lain, agaknya macam mana pula perangai dia bila dapat peluang macam Daiyan itu bukan?

Agaknya makin mendongak ke langitlah kot. Tak kuasalah nak tengok drama dengki mendengki sesama artis ini. Awak pun ada jalan kejayaan awak sendiri, ada bakat. Sayang kalau orang tahu yang sebenarnya awak ini berhati hitam dengan rakan seindustri.

Minta-minta putihkan hati itu kembalilah ya. Cik Bunga doakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya