Nazim Othman enggan dipandang sebagai idola masyarakat - Utusan Malaysia

Nazim Othman enggan dipandang sebagai idola masyarakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Baru-baru ini, sedang Cik Bunga membelek video-video di TikTok, pandangan dan minat kita terhenti kepada video live yang sedang dibuat oleh pelakon tinggi lampai, Nazim Othman.

Bukan apa, rasa Cik Bunga nak kata selalu Nazim buat live, tidak juga. Agaknya mengikut tahap rajin ke tidak dia nak berinteraksi dengan peminat dan pengikutlah kot.

Tetapi, topik yang dikongsikan oleh Nazim membuatkan Cik Bunga tertarik. Dia seakan sedang meluahkan rasa hati.

Antara yang diluahkan oleh Nazim ialah bagaimana berharap orang ramai dan masyarakat tidak terlalu melihat dirinya sebagai idola. Kata Nazim, sebagai manusia biasa, dia juga tak lepas daripada ‘peperangan’ dalam diri, tentang dosa dan pahala, baik dan buruk.

Kongsi Nazim, dia bukan bersifat pentingkan diri, atau apa yang orang putih sebut ‘self-centered’. Tetapi baginya, tujuan untuk memfokus kepada diri sendiri itu adalah satu tanggungjawab setiap individu.

Kata Nazim, dia bukan jenis orang yang suka nak bergaduh dengan orang lain, mengambil tahu hal orang lain. Ini kerana dia sendiri sedar, dirinya juga masih banyak khilaf dan kelemahan yang haris diperbaiki.

Pelakon ini juga ada menyebut yang dia selama ini tak begitu gemar terlalu ‘membuka diri’ kepada semua orang. Tetapi seiring usia dan kematangan, Nazim berasa okey dan tiada salahnya jika berkongsi dengan umum jika perkara itu mendatangkan manfaat.

Mendengarkan hal itu, Cik Bunga rasa, wow, ini adalah satu sisi berbeza yang tak pernah dilihat pada pelakon ini. Mungkin benarlah apa yang orang cakap, orang yang tak banyak cakap ini, bila sesekali dia buka mulut, ada isinya.

Cik Bunga harap, Nazim teruskan membuat perkongsian yang bermanfaat. Sebab, ramai kalangan peminat dan pengikut pun nampaknya suka dengan cara Nazim. Respek!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya