Kronologi skandal buli Kim Hieora, The Glory. - Utusan Malaysia

Kronologi skandal buli Kim Hieora, The Glory.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MINGGU lalu media Dispatch melaporkan pelakon The Glory, Kim Hieora pernah melakukan jenayah buli semasa pelakon itu di bangku sekolah menengah.

Pendedahan itu menimbulkan perbualan hangat di laman sosial dan menganggap lakonan Kim Hieora sebagai kaki buli, Lee Sa Ra dalam dalam drama The Glory adalah satu kenyataan dan cerminan sikapnya semasa di sekolah.

Kim Hieora dikatakan salah seorang daripada kumpulan para pembuli bernama Big Sangji di Sekolah Menengah perempuan Sangji daerah Gangwon. Para pembuli ini akan memeras ugut, merampas wang, serta melakukan penderaan fizikal dan mental.

Menurut laporan laman sesawang Dispatch, berita ini sudah pun diperkatakan sejak awal tahun ini oleh salah seorang bekas pelajar sekolah berkenaan. Hieora juga dikatakan telah berjumpa dengan mangsa buli secara bersembunyi untuk memohon kemaafan.

Bukan itu sahaja, mereka turut mendedahkan transkripsi perbualan telefon antara pelakon berkenaan dengan salah seorang mangsa yang dikenali sebagai ‘H’.

“H: Jadi awak mengaku yang awak memukul saya

Hieora: Saya benar-benar minta maaf.

“H: Awak cakap awak tak pukul, sampai hati. Sedangkan awak tarik saya. Lalu saya tak kedepan awak akan pukul kawan yang lain. Waktu itu hujan, saya ingat macam mana awak buat hidung ‘F’ berdarah.

Hieora: Saya tak ingat semua perkara. Saya memang buat benda jahat tapi kita kan kawan waktu tahun pertama,” antara kata-kata daripada rakaman perbualan berkenaan.

Hieora mengaku memang dia merupakan ahli kumpulan pembuli tersebut, namun, dia hanyalah pemerhati dan tidak pernah melakukan apa-apa penderaan kepada sesiapa. Bukan itu sahaja, dia turut mengaku pernah dipukul oleh senior yang lebih berusia daripadanya di sekolah itu.

Beberapa hari kemudian, salah seorang bekas rakan sekelas Kim Hieora menyatakan hal yang berbeza. Menurutnya, Hieora sangat terkenal dalam kalangan pelajar di bandar Wonju.

“Dia terkenal kerana matanya yang semula jadi berwarna coklat, begitu juga rambutnya. Ramai yang menyangka dia berdarah kacukan. Dia juga pandai bergaya dan bernyanyi, pendek kata dia memang popular. Tapi bukan sebagai kaki buli. Dia juga berkawan dengan orang biasa.

“Semasa sekolah, saya tidak mempunyai kawan dan makan sendirian. Dialah yang memperkenalkan saya kepada kawan-kawannya. Kadangkala kami akan ke kedai bersama-sama. Dia tidak merokok,” katanya yang hanya mahu dikenali sebagai ‘L’.

Menurut ‘L’ lagi, memandangkan Wonju ialah bandar yang kecil, sudah pasti setiap orang saling mengenali. Kalau benar Hieora pembuli seperti yang dikatakan, sudah pasti namanya sudah lama busuk sejak dia mula debut di dalam industri hiburan Korea Selatan.

Agensi bakat pelakon berkenaan, GRAM Entertainment turut mengeluarkan kenyataan menyelar tuduhan yang dilakukan oleh portal Dispatch.

“Walaupun tajuk artikel berkenaan bersifat provokatif, namun dia tidak pernah terlibat dengan keganasan semasa di sekolah. Big Sangji adalah sekumpulan kawan-kawan biasa dan bukannya pembuli seperti yang dilaporkan.

Memandangkan isu jenayah buli membabitkan pelakon berusia 34 tahun itu semakin mendapat perhatian, kemunculannya di dalam program bual bicara SNL Korea terpaksa dibatalkan. Dia juga dibekukan daripada terlibat dengan drama The Uncanny Counter musim kedua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya