Orangnya memang lawa. Walaupun sudah bergelar janda, namun orang kata, ‘market’ itu masih ada, masih larislah.
Tetapi, kalau dikeremuni oleh jejaka-jejaka, Cik Bunga fahamlah juga. Maklumlah, orang lelaki ini memang pantang nampak perempuan cantik.
Tetapi Cik Bunga agaknya yang lupa, perempuan yang feeling nak jadi lelaki pun ada hati nak mengorat perempuan lain. Terpulang pada netizen nak gelar tomboi atau pengkid. Tetapi itulah yang berlaku.
Nak dijadikan cerita, ada yang maklumkan pada Cik Bunga yang penyampai berita popular sebuah stesen televisyen ini macam ada apa-apa dengan seorang pengkid.
Si pengkid itu pula bukan calang-calang. Ada jawatan tinggi juga di sebuah syarikat swasta. Kantoi sebab pengkid itu ada menghantar sejambak bunga kepada penyampak berita itu di ibu pejabat stesen televisyen tersebut.
Bukanlah orang nak tengok sangat, tapi kalau dah terpampang besar nama penerima dengan tulisan ayat-ayat manis berbaur cinta, mana tak terbuntang mata sesiapa yang ternampak bukan?
Jadi, soalan Cik Bunga di sini, adakah penyampai berita itu kini sudah beralih arah kepada percintaan sejenis? Tak akanlah kerana kecewa dengan episod pahit rumah tangga lalu maka tergamak jadi begitu?
Mengucap panjang juga Cik Bunga. Tak tahulah pula jika penyampai berita ini pun saja nak main angin atau main-main cinta dengan si pengkid itu. Maksudnya bukan nak sangat, cuma melayan mengisi masa orang kata…
Tapi, kadangkala dari melayan main-main pun boleh jadi nyata kalau gagal mengawal diri. Ha… jaga-jaga. Cik Bunga tak naklah satu hari nanti terbongkar cerita di khalayak ramai.
Malu dik malu!