KALAU Cik Bunga sebut nama pengacara dan selebriti yang seorang ini, pasti semua orang akan terkejut dengan perkara yang kita nak kongsikan di sini.
Bukan apa, penampilan dan berdasarkan kata-kata yang sering dipertuturkan, memang sering memotretkan dirinya seorang lelaki yang agak alimlah juga.
Selalu kongsikan hal-hal berkaitan agama dan ilmiah juga di media sosialnya. Oh ya, dia ini memang antara selebriti yang rajin berkongsi pendapat di ruangan Twitter. Okey, di situ Cik Bunga dah berikan sedikit hint. Kalau
sesiapa yang rajin main Twitter, mesti tahu siapa yang Cik Bunga maksudkan ini.
Tetapi itulah, dalam pada ‘alim’ itu, rupa-rupanya selebriti lelaki ini menaruh minat pada rakan sejenis.
Cik Bunga tahu mengenai hal ini pun disebabkan individu yang mendakwa diganggu selebriti tersebut datang mengadu.
Katanya, dia rimas dengan gangguan selebriti itu yang tak habis-habis ‘mencuba nasib’ untuk mendekati dirinya. Walhal, dia bukanlah seorang lelaki songsang.
“Tak sanggup dah asyik diganggu selebriti itu yang macam tak faham bahasa. Saya ini lelaki straight dan tak sokong gejala songsang begitu.
“Akhirnya saya terpaksa block dia di telefon walaupun pada asalnya memang nak berurusan dengan dia atas sebab tugasan kerja,” kata mangsa.
Lebih kurang begitulah luahan mangsa pada Cik Bunga. Beristighfar jugalah kita bila dengar cubaan-cubaan yang dilakukan oleh selebriti itu untuk mendekati lelaki ini.
Pada hal, dia pun sudah berkahwin dan ada anak. Aduhai, tak malukah berperangai tidak senonoh seperti itu? Apa yang Cik Bunga khuatirkan, apalah agaknya perasaan isteri dan anak-anaknya jika tahu dia sebenarnya lelaki songsang.
Malu dah tentu-tentu. Cik Bunga harap selebriti itu lekaslekaslah bertaubat nasuha. Jangan tunggang agama, depan mata semua orang nampak baik sedangkan di sebaliknya, perangai nauzubillah.. – MINGGUAN MALAYSIA