Masih berjudi rupa-rupanya… - Utusan Malaysia

Masih berjudi rupa-rupanya…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Perkara yang sampai ke telinga Cik Bunga ini seakan macam sukar untuk dihadam pada mulanya. 

Sebabnya,  Cik Bunga tengok, suami kepada seorang penyanyi ini macam dah banyak berubah. Dulu-dulu punya cerita adalah juga kita dengar dia ini begitu begini. Termasuklah sikap panas barannya.

Kemudian, bila tengok sejak dia pun sudah berusia dan dikurniakan anak-anak yang comel, Cik Bunga fikir dia pun dah berubah. Terutama bila tengok adakalanya dia dan isteri akan anjur majlis keagamaan di kediaman sendiri selain kerap juga pergi buat umrah di Tanah Suci.

Tup tup, eh, dia ini masih belum dapat  buang tabiat berjudi rupanya. Disebabkan tabiat buruknya itu, si isteri terpaksa bekerja keras menyanyi di sana sini selain berbisnes. 

Menggeleng kepala jugalah kita bukan. Sebab sepatutnya orang lelakilah kena kerja keras untuk keluarga, bukannya membiarkan si isteri kena bekerja. Kata orang kaya. 

Hmm…tapi apa nak hairan, kalau diikutkan, ada saja orang kaya yang raih kejayaan dengan betul-betul berniaga. Tetapi, jangan terkejut kalau memang ada pula yang anggap judi itu pun satu cabang bisnes. 

Kalau awak bukan beragama Islam, kita pun tak kecoh. Tapi dengan apa yang ditonjolkan di media sosial, anak beranak macam rajin buat aktiviti kerohanian. Cik Bunga pun rasa macam tak kena dengan apa yang dipotretkan. 

Terlalu awal juga kalau Cik Bunga nak gelar penunggang agama. Lagipun Cik Bunga amat percaya yang si isteri, si penyanyi itu,tidak begitu dan dia cuma mangsa keadaan, dipergunakan suami.

Semoga sahaja dia dalam keadaan yang baik-baik. Tabah betul ya penyanyi itu. Kalaulah Cik Bunga, dah lama angkat kaki daripada lelaki durjana begitu. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya