Kisah berjaga 13 malam - Utusan Malaysia

Kisah berjaga 13 malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANJANG 16 tahun dalam industri muzik dengan sembilan album dihasilkan, Taylor Swift meneroka pelbagai sisi yang memperlihatkan kematangannya sebagai pemuzik.

Bermula genre country, seterusnya beralih kepada pop, Swift terus mencabar diri dengan mencuba muzik alternatif dan genre lain yang dekat di hati peminat. 

Pemilik nama lengkap, Taylor Alison Swift juga baru menghasilkan album baharu, Midnights yang menggambarkan pengalamannya pernah berdepan masalah gangguan tidur. 

“Kisah 13 malam tanpa tidur nyenyak yang berlaku sepanjang hidup saya. Ia perjalanan yang diselubungi ketakutan dan dibuai mimpi indah, di mana lantai dipijak dan musuh (syaitan) yang dihadapi,” katanya memetik laporan BBC.  

Album kesepuluh itu juga menyaksikan penyanyi berusia 32 tahun kembali meneroka kehidupan peribadi selepas pendekatan penuh novelistik menerusi dua album terakhir, Evermore dan Folklore.

Evermore adalah album studio kesembilan dihasilkan Taylor yang diterbitkan dua tahun lalu, selepas menghasilkan Folklore. 

Album itu mencipta fenomena apabila menduduki carta pertama di Argentina, Australia, Belgium, Kanada, Croatia, Greece, New Zealand, Portugal, United Kingdom dan Amerika Syarikat (AS). 

ASYIK LAGU JIWANG  

Segelintir pihak mungkin berpendapat, Taylor tidak habis-habis menulis lagu tentang bekas kekasih, seperti tiada haluan yang betul untuk dipersembahkan kepada khalayak.   

Menerusi saluran Instagram, Swift berkongsikan lagu pembukaan, Lavender Haze yang menceritakan mengenai hubungan yang dilaluinya bersama pelakon, Joe Alwyn selama enam tahun.

Apa yang menarik bukan mengenai kisah cinta mereka, sebaliknya haluan album tersebut kerana Swift seperti diketahui umum, kerap menukar genre bagi setiap dua album yang dihasilkan. 

228 JUTA PENGIKUT 

Selebriti yang mempunyai 228 juta pengikut dalam Instagram pernah menghasilkan album Fearless yang memuatkan lagu yang dirakam semula. 

Dia juga merakamkan semula lagu yang dimuatkan dalam album keempat yang diterbitkan pada 2012 iaitu Red, menggunakan judul Red (Taylor’s version). 

Ada alasan kenapa penyanyi ini kerap merakamkan semula album atau lagu yang pernah dihasilkan. Sebagai pemuzik, Swift berasakan tidak adil jika apa yang dikerjakannya sedekad lalu tidak memberikan hak pemilikan kepadanya.

Bagi Swift, dia berhak dan layak merakamkan semula karya lamanya. Apa yang dilakukan Swift sepatutnya dicontohi pemuzik lain. 

Penyanyi yang berasal dari Pennsylvania ini pernah memenangi Anugerah MTV 2022, selain turut mengukir jalan kepada ramai pemuzik agar tidak mudah diperkotak-katikkan pihak lain. 

Bagi Swift, setiap pemuzik berhak menuai hasil atas segala kerja dan usaha yang dilakukan dan tidak perlu berada di bawah telunjuk label atau syarikat rakaman.-BBC 

PENCAPAIAN: 

*Anugerah Grammy (2021, 2012, 2011, 2009)

*Anugerah Emmy (2015)

*Album Terbaik (2016)

*Lagu Terbaik

*Album Terbaik, Anugerah Grammy (2010)

*Persembahan Vokal Di Dalam Album Terbaik (Country), Anugerah Grammy (2010). 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya