Tak layak? Enam tahun saya struggle - Nelissa Nizam - Utusan Malaysia

Tak layak? Enam tahun saya struggle – Nelissa Nizam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“Layak ke dia jadi heroin? Dengan Zul Ariffin pula itu!”
Itu antara kecaman sinis netizen yang tidak berpuas hati apabila pelakon, Nelissa Nizam memegang watak utama dalam drama baharu, Tarik Aku Ke Syurga bergandingan dengan Zul Ariffin.

Entah apa silapnya, dia seolah-olah ditidakkan bakat sehingga ada yang menyebarkan dakwaan dia semakin diterima produser kerana orang dalam.
Jawablah mendapatkan Nelissa. Benarkah dia guna ‘kabel’?

Ramai yang teruja apabila melihat Nelissa dan Zul bergandingan. Tetapi dalam suka, ada yang kurang setuju. Konon Nelissa belum cukup layak jadi heroin.
Memang saya ada terima beberapa komen yang kecam konon saya tak layak bergandingan dengan hero Malaya itu. Tapi saya fikir ini rezeki. Saya sendiri kerja keras. Enam tahun struggle dalam industri.

Ini peluang bersebab. Ada bandingkan saya dengan pelakon wanita lain yang pernah bergandingan dengan Zul. Bagi saya setiap orang ada magisnya sendiri.

Kecil hati tak? Bakat Nelissa seperti diperkecil, sedangkan lakonan dan karisma Nelissa semakin menyerlah. Malah, banyak juga naskhah lakonan Nelissa yang popular dan berjaya.
Ini asam garam dunia seni. Tak semua akan suka kita. Saya terima sahaja setiap kritikan. Dari situ, kita belajar. Mungkin sekarang mereka belum suka, tetapi dengan kerja keras, saya akan diterima.

Saya juga mahu keluar dari zon selesa. Saya mahu cuba dan beranikan diri untuk watak utama.

Ada pula dakwaan penglibatan Nelissa dalam industri kerana orang dalam? Betul?
Enam tahun saya mencuba nasib, baru tahun ini kerjaya saya semakin menyerlah. Kalau guna orang dalam, mesti tahun pertama sudah dapat watak utama. Saya bermula dari bawah, watak kecil-kecil sahaja.

Memang ibu saya memiliki agensi bakat tetapi tidak bermaksud itu tiket ekspress. Saya berusaha sendiri. Selalu belajar dan menggali ilmu daripada produksi serta rakan pelakon.

Selain Tarik Aku Ke Syurga, satu lagi naskhah, Cinta Hilang Kata akan bersiaran juga. Nampaknya semakin laris di pasaran.
Alhamdulillah, rezeki. Kelakarnya, dalam Tarik Aku Ke Syurga watak saya polos, suci tetapi dalam Cinta Hilang Kata pula, saya wanita perampas. ‘Menyondol’ suami orang. Takut penonton keliru sahaja. Kejap baik kejap jahat.

Isu penyondol, perampas sekarang memang tengah hangat diperkatakan. Tak risau kalau ada yang benci dengan Nelissa? Terus kena cop perampas nanti.

Kalau ada yang cop saya sebagai perampas kerana watak Sabrina itu, kira berjayalah kan lakonan saya? Seharusnya saya terima dan berbangga.

Tetapi risau juga kalau orang benci. Cuma sekarang penonton kita sudah bijak.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya