Kalau sebut nama pelakon lelaki ini, Cik Bunga yakin pasti ramai akan kata, tak hairan pun dia berperangai aneh. Sebelum ini pun memang cukup ketara dia punya kelakuan aneh itu.
Cuma bukan apa, baru-baru ini kawan Cik Bunga sendiri terkena dengan pelakon ini.
Dulu, semasa kawan Cik Bunga pernah terlibat sebagai penerbit sebuah program untuk sebuah syarikat media baharu. Jadi, pernahlah si polan itu bekerjasama dengan pelakon ini.
Bukan untuk satu episod ya. Tapi dia memang hos tetap untuk program tersebut sepanjang enam episod disediakan. Bermakna, tipulah kalau dia tak kenal dengan kawan Cik Bunga bukan?
Nak dijadikan cerita, terserempak dengan pelakon ini di sebuah majlis. kawan Cik Bunga tegur dia. Alangkah kekok terasa bila dia buat muka terkebil-kebil macam tak kenal dengan kawan Cik Bunga itu. Walhal, sepanjang program dulu, kerja bersama, berbual sama, makan pun bersama.
Nak kata kawan Cik Bunga cantik sangat hari itu sampai dia terpesona dan terlupa nama, tak tahulah kan. Tapi itulah, disebabkan dia buat muka macam tak kenal dengan kita, sempat rakan media lain di sebelah berbisik, ‘kau jangan lupa, dia kan bipolar’.
Bukan hendak mempersenda orang yang memang didiagnos ada penyakit itu. Tapi dalam hal ini, terdetik jugalah di hati, ‘entah-entah dia ini pun bukannya bipolar. Saja perangai begitu’.
Bukan tiada manusia perangai begitu. Bila sudah tak ada kepentingan, langsung lupakan orang yang pernah menolongnya. Bila ada kepentingan, merengek-rengek datang minta tolong.
Tapi, nak hairan apa? Hari-hari ada saja manusia macam ini yang kita perlu hadap. Cuma Cik Bunga ambil pendekatan, biar Tuhan saja yang tunjukkan kebenaran.