Saya masih budak - Iman Troye

Saya masih budak – Iman Troye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

APABILA wajah artis tempatan terpampang di papan iklan digital gergasi di Times Square, New York, kita seharusnya berbangga dan meraikan kejayaan itu. Bukan calang-calang kan.

Tetapi lain pula cerita berbangkit apabila wajah penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengambil alih tempat selepas beberapa artis lain seperti Iman Troye, Dolla dan Aina Abdul.

Ada yang mendakwa, artis-artis terdahulu yang terpampang di papan iklan itu belum cukup layak malah kononnya ada yang sanggup membeli paparan ‘papan iklan’ itu.

Tidak ketinggalan, ada juga rakan artis juga turut sama mengecam dan mempertikaikan kredibiliti beberapa penyanyi yang pernah terpampang di papan iklan gergasi itu.

Jawablah! mendapatkan Iman Troye, mengulas persepsi dan dakwaan itu.

Apabila ada netizen yang mempertikaikan kredibiliti adik sebagai antara wajah yang pernah terpampang di papan iklan gergasi itu, berkecil hati tak?
Sebenarnya, kalau nak cakap tentang kredibiliti ini, Iman sendiri merasakan diri ini masih terlalu budak dalam industri. Apatah lagi jika mahu dibandingkan dengan nama-nama besar yang lain. Itu semua legenda tau!

Tetapi Iman cuma anggap itu satu kejayaan besar yang perlu diraikan. Alhamdulillah, berkat doa keluarga dan peminat. Iman sendiri teruja dan gembira.

Takkan tak terasa langsung? Apatah lagi itu kan hasil kerja keras adik sendiri walaupun baru setahun jagung dalam industri?
Iman tahu, expectation orang kita tak boleh nak ramal kan. Apatah lagi kalau kita sudah cuba sedayanya untuk merealisasikannya. Kita tak akan boleh tutup mulut orang.

Jadi, Iman fikir positif. Baik buruk teguran itu, Iman ambil sebagai kata semangat. Iman kena bersyukur sebenarnya apabila masih ada yang mahu bercakap tentang Iman walaupun kritikan.

Jadi adik tak kisah kena kecam, kena kritik. Lagi-lagi zaman sekarang, kecaman bukan main pedas ayatnya dik. Tahan ya?
Bukan, kecaman itu memang ada kala menyakitkan tetapi Iman tak mahu diri terus lemas dalam pemikiran begitu. Orang kritik, kecam mungkin tandanya sayang. Mereka ambil berat sebenarnya.

Jadi sebagai pendatang baharu, mestilah Iman juga tidak mahu cepat melenting hanya kerana orang ambil berat. Perjalanan Iman, insya-Allah masih jauh lagi. Iman banyak lagi nak explore.

Jarang sungguh adik nak memberi respon terhadap kecaman atau kritikan di media sosial. Selalunya adik diam sahaja. Orang kata telan sendiri sahajalah ya?
Iman belajar daripada pengalaman lalu. Iman anak muda, ada emosi dan perasaannya. Iman juga sedar, kita tidak akan dapat lari daripada melakukan kesilapan.

Iman perlu berhati-hati. Kena tahu kawal situasi dan emosi. Perlu menyusun ayat agar tiada siapa yang berkecil hati. Orang kata, kena matang. Tak boleh terus marah sahaja.

Ada rakan artis pun turut sama seperti netizen. Malah tuduh beli lagi. Apa komen Iman? Artis pun mahu menjatuhkan artis ke?
Masing-masing ada pendapat dan Iman hormat semua pengkarya dalam dunia seni ini. Macam Iman cakap, iman masih ‘kanak-kanak’ dalam industri seni suara ini.

Kritikan itu walau datang daripada rakan seindustri sendiri pun, Iman terima. Iman masih belajar.

Iman fikir itu adalah pilihan pihak Spotify. Mereka ada sebab dan alasan sendiri. Iman berbangga dan gembira. Terima kasih semua! – MINGGUAN MALAYSIA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya