Mudah sangatkah beranak angkat? - Utusan Malaysia

Mudah sangatkah beranak angkat?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Baru-baru ini, usahawan kontroversi, Ahmad Iqbal Zulkefli memuat naik gambar anak angkatnya. Mungkin dalam fikiran segelintir orang, ah itu satu lagi bahan contentlah itu. Mungkin. Kita tak tahu kan.

Tetapi Poklip perasan, kebelakangan ini ramai juga selebriti tidak kira lelaki dan perempuan malah yang berpura-pura jadi wanita juga mengambil anak angkat.

Hael Husaini, Sufian Suhaimi, Muhammad Sajjad dan ada beberapa lagi nama yang kalau Poklip sebut anda kenal pernah berkongsi berita gembira itu.

Sejujurnya, Poklip gembira dengan inisiatif mereka untuk menjaga anak syurga. Mungkin kanak-kanak kecil itu datang dari keluarga susah, jadi ringan hati artis-artis untuk menjaga mereka.

Tetapi apabila ada dakwaan yang kurang manis tular di media sosial melibatkan selebriti tempatan berhubung pengambilan anak angkat ini, Poklip jadi serba mahu tahu. Apakah proses sebenar untuk mengambil anak angkat?

Adakah pengambilan anak angkat boleh dilakukan atas dasar setuju sesama sendiri atau perlu melalui proses undang-undang? Lihat sahaja drama seorang usahawan kontroversi apabila dia mendakwa ibu kepada anak angkatnya mahu mengambil semula kanak-kanak itu.

Apakah ada ciri-ciri atau syarat ketat yang harus dipatuhi oleh mereka yang mahu mengambil anak angkat? Siapa pihak yang bertanggungjawab?Siapa harus kita jumpa dan borang apa yang perlu dimuat turun?

Ya, kita boleh sahaja lakukan carian di internet. Tetapi apabila ada pihak yang berani mengeluarkan dakwaan tertentu, pasti kita sebagai rakyat mahu mencari info sebenar. Mudah sangat ke beranak angkat?

Bukan apa, Poklip sendiri pernah didepani beberapa soalan berhubung status anak angkat Muhammad Sajjad. Selepas dia ‘terbang’ ke Australia, ramai juga yang mahu tahu di mana dan apa keadaan baharu anak-anak angkatnya.

Kebajikan kanak-kanak ini semua siapa yang jaga dan pantau?

Poklip tidak mahu kita digemparkan dengan kes-kes penganiayaan dan penderaan kanak-kanak yang dijadikan anak angkat.

Cukuplah dengan beberapa berita penderaan kanak-kanak yang sedang hangat diperdebatkan. Keadilan masih belum terjawab dan kita masih tertanya-tanya, mengapa ada manusia sekejam itu.

Dalam pada masa yang sama, Poklip seronok melihat selebriti tempatan kita yang ikhlas menjaga dan menyayangi anak-anak angkat mereka. Perkongsian di media sosial sedikit sebanyak membuatkan kita tenang.

Lagipun Poklip pasti mereka punya sebab dan cukup berkemampuan sehingga berani menjaga nyawa anak-anak syurga.

Tetapi ada juga beberapa artis yang Poklip lihat sudah memadam dan tidak lagi berkongsi perihal anak angkat mereka? Apa cerita?

Poklip juga pasti, ramai juga dalam kalangan pembaca yang tertanya-tanya soalan sama, apa mudah benar mengambil anak angkat?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya