Kenapa hanya Zul Ariffin seorang?

Kenapa hanya Zul Ariffin seorang?

Zul Ariffin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEMASUKI minggu kedua Ramadan tahun ini, rasanya kita belum lagi dihidangkan dengan kontroversi murahan. Mungkin ramai yang mahu memberi fokus kepada ibadah di bulan yang mulia ini.

Tetapi carta cerita sensasi tetap dipenuhi dengan nama-nama yang Poklip sendiri tak mahu sebut. Bukan apa, meluat dan rasa macam tak perlu lagi kita kisahkan tentang kandungan media sosial mereka.

Lagi dilayan, lagi berkepak. Lagi kita memberi publisiti, lagi mereka menyuap netizen dengan pelbagai aksi dan content yang memang entah apa-apa. Sebab itu kita kena bijak memilih, jangan layan sangat.

Cuma ramai juga yang bertanya kepada Poklip, mana Zul Ariffin? Kenapa dia berdiam diri? Takutkah? Ada masalahkah? Poklip sendiri tak tahu bagaimana hendak menjawab persoalan demi persoalan itu.

Tak perlu kita bedah lagi apa yang tular beberapa minggu lalu. Lagipun bulan Ramadan. Tak elok bercakap soal meja makan, dapur dan pemilihan pakaian. Cukup kita bertanyakan tentang apa yang akan berlaku.

Takut? Tidak mungkin. Buat apa dia mahu takut. Poklip bukan mahu mempertahankan Zul. Apa yang salah tetap salah. Tetapi Poklip tak bercakap dari sudut hukum hakam. Kalau dari sikap, takut bukan perangai Zul.

Dia seorang yang lantang bersuara. Bukan jenis yang menyepi dan mendiam. Tetapi betul juga. Kalau benar dia seorang yang lantang, pasti sudah berepisod kenyataan balas yang ditayangkan.

Memang Zul ada memuat naik gambar baharu tetapi nak bercakap pasal kontroversi, lambat lagi! Tapi dengar cerita tak lama lagi segalanya bakal terbongkar. Nervous pula kita!

Namun Poklip pasti dia ada sebab tersendiri. Mungkin mahu meredakan sebentar kehangatan kontroversi itu. Atau dia mengumpul segala informasi dan fakta sebelum membuat pembentangan umum.

Poklip pasti dia ada sebab mengapa babak itu dipersetujui. Poklip juga pasti dia punya alasan dan jawapan cuma kita tunggu sahaja. Mungkin hari ini, esok atau lusa. Mungkin selepas raya? Ketika cerita dah sejuk.

Tetapi tertanya-tanya juga, apa tindakan kementerian kelak? Takkan hanya Zul jadi wajah hadapan? Bagaimana pula yang duduk di kerusi pengarah? Yang menyaksikan sendiri adegan itu dirakam.

Penerbit? Takkan mahu lepas tangan. Itu semua perlu diambil kira, supaya satu keputusan menyeluruh boleh diambil.

Cuma Poklip harap insiden ini membuka lebih banyak ruang untuk kita memperbaiki industri kita. Jangan lihat dari satu sudut. Jangan hanya fikir dari sudut kontroversi yang terjadi tempoh hati.

Sebaliknya fikir arah tuju industri kita. Adakah adegan seksual dianggap sebagai salah satu cara mudah untuk tembusi pasaran luar? Atau kita memerlukan babak panas sebegitu untuk meningkatkan kualiti industri?

Poklip tahu, ramai anak seni kita mempunyai buah fikiran sendiri. Cuma mereka tidak diberi ruang. Andai bersuara lebih, mereka akan dianggap sebagai rebel. Tetapi itulah, kadang-kadang pedas juga semburan itu.

Kita mahu bekerja dalam suasana yang memenangkan semua orang. Jangan berasa bagus dengan pencapaian yang ada. Belajar lah melihat apa yang ada di dasar. Duduk semeja dan dengar rintihan.
Bukan sekadar salam belakang pintu, projek lulus! Cakap je.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya