Rezeki bergolek ditolak mentah - Utusan Malaysia

Rezeki bergolek ditolak mentah

poklip
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Poklip sebenarnya sudah acap kali mendengar cerita tentang pengurus seorang artis ini. Kalau cerita positif tak apa juga, ini yang negatif sahaja singgah. Malah, Poklip juga pernah menjadi ‘mangsa’nya.

Kisahnya, ada rakan Poklip bengang apabila pengurus ini berulang kali mendiamkan diri apabila ada permintaan melibatkan artis di bawah jagaannya. WhatsApp dan call lah sebanyak mana, tetap tidak dihiraukan.

Pernah juga rakan Poklip memberi sedas dua hamburan ketika bersua, tetapi dia tetap mengulangi perangai sama. Pelik. Memang telefon itu diletak dalam peti ais ke sehingga tidak disentuh langsung?

Paling menghairankan, rakan Poklip mendakwa, kalau bab tawaran produk atau kerja seni pun dia boleh buat bodoh. Kasihan pula Poklip mengenangkan artis-artis yang diuruskannya.Tak faham kita wak.

Kalau ada yang mahu menawarkan kerja pun, mereka akan berhubung terus dengan artis yang dijaga. Selepas itu baru dia akan ambil alih dan kaut keuntungan atas angin. Padahal dia buat bodoh sahaja pada awalnya.

Ada juga orang begitu. Rezeki datang bergolek pun dia tolak mentah-mentah. Kalau kita mungkin sudah memeluk erat rezeki itu. Tak lepas tau. Tapi kalau bukan milik kita, hendak buat macam mana.

Poklip harap si polan itu berubahlah. Keluarkan telefon bimbit awak daripada peti ais itu. Jangan simpan beku. Itu bukan karipap tau, itu telefon. Untuk menghubungkan kita sesama manusia.

Patutlah Poklip WhatsApp, call untuk minta tarikh photoshoot tidak dibalas-balas. Rupanya memang begitu perangainya. Aduh!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya