Kenapa rendahkan media? - Utusan Malaysia

Kenapa rendahkan media?

poklip
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Poklip tidak berapa kenal dengan pelakon ini apabila rakan media mula membuka cerita. Dia pun bercerita penuh emosi. Mungkin geram sangat dengan sikap acuh tak acuh dan berlagak pelakon itu.

Kisahnya, si polan itu ada menghadiri sesi tayangan filem lakonan pelakon itu. Dia tidaklah lama sangat dalam industri. Tidak pula terlalu baru. Orang tua cakap, sudah cukup masak. Bukan setahun jagung.

Tetapi ketika sesi temu bual berlangsung, pelakon itu dengan selamba bertanyakan rakan Poklip dari agensi media mana. Lantas dengan bangga, si polan itu pun menjawab sekian-sekian. Namun, raut wajah pelakon itu cukup menghampakan.

Dia seperti tidak tahu wujudnya agensi media yang disebut si polan itu. Terpinga-pinga lantas buat muka berlagak. Seperti tidak kisah. Paling menyakitkan hati, dia dengan wajah blur berkata;

“Memang wujud ke agensi media awak itu? Tak pernah dengar pun,” kata si pelakon itu seperti yang didakwa.

Hello, walaupun agensi media yang disebut itu bukan Utusan Malaysia, tetapi sebagai rakan media kami juga turut simpati dengan si polan itu. Terus kelat dan hitam putih wajahnya menahan malu.

Agensi tersebut sebenarnya satu nama besar juga dalam industri penerbitan berita. Mustahil jika ada yang tidak tahu. Lebih-lebih lagi awak kaum Melayu. Eh! Pelik sangatlah kalau tak tahu kan.

Cuma ada rakan-rakan media lain yang speku (mengagak), pelakon itu mungkin ada masalah peribadi dengan jenama penerbitan itu lantas buat-buat tak tahu.

Jangan merendah-rendahkan mana-mana agensi media. Terutama yang sudah lama berdiri teguh sebagai wadah suara rakyat. Jangan jadikan anda sebagai musuh kepada agensi media itu dan yang lainnya.

Nanti yang rugi awak, bukan wartawan dan agensi media lain. Kita kalau boleh tak mahu bermusuh. Dah 2022 kan, takkan nak bergaduh sana sini. Bosanlah!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya